Search

Sunday, November 13, 2011

PAIRIN BUKAN KATAK

Ramai kata PAIRIN Katak. Siapa kata Pairin katak? yang kata nampak cetek ilmunya tentang politik dan menulis secara semborono atau menulis ikut kepala otak otot.


Pairin mulanya masuk politik melalui BERJAYA dan ketika itu BERJAYA pimpinan Datuk Harris Salleh. Bila Harris memalukan Pairin di Dewan Undangan Negeri dan melupus title daerah Tambunan sebagai daerah, maka Pairin keluar dari dewan dan terus umum keluar dari parti Berjaya dan letak jawatan sebagai menteri kerajaan tempatn ketika itu. Pairin jadi YB bebas.

Sesudah itu Pairin Tubuhkan parti PBS dan menang majoriti besar di election selanjutnya dan BERJAYA pimpinan Haris tersungkur terkulai tak bermaya dan Pairin jadi ketua menteri sabah.

Yang katak ialah dua orang PBS melompat ke UMNO dan menyebabkan PBS tumbang dan katak di sini maksudnya melompat dapat habuan besar seperti 3,600 ekar tanah kerana menumbangkan PBS secara lompatan tadi.

Bila PBS ditikam dan PBS tiada kuasa dan ditekan dan ditekan dan Pairin berusaha menyelamatkan bangsanya dengan harapan PBS jadi rakan kongsi BN dan ini bukan lompat tetapi menjadi rakan kongsi seperti juga Sabah dan sarawak jadi rakan kongsi yang menjadikan Malaysia merdeka. Ini bukan lompat tetapi rakan kongsi.

Jelas penulis yang mengatakan Pairin KATAK adalah salah dan fitnah dan penulis atau yang komen jelas cetek ilmu politiknya bila menyetuh politik Sabah.

Diharap semua mengerti dan faham keadaan ini dan kalau masih tak faham kena semula ke sekolah tadika.

Sumber : Aduan Rakyat Tenom ( ART )

SABAHAN BANGUNLAH!

PARA belia di Sabah, Malaysia keseluruhannya harus insaf dan sedar bahawa negara kita sebenarnya di ambang bencana.

Kerajaan BN memang jelas tidak memikirkan masa depan negara secara ikhlas dan yang mereka fikir ialah mana harta yang belum masuk ke kantung mereka dan itulah usaha mereka sekarang sebelum habis kikis.


Cara negara berhutang mendekati 500 bilion adalah kerja yang cukup merisaukan kita dan secara tidak langsung kita sebagai rakyat Malaysia kena bertanggungjawab, sedang hutang itu mereka gunakan untuk perkara-perkara yang kurang kesan demi kebaikan rakyat di kampung-kampung.


Apa gunanya membina bangunan 100 tingkat kalau rakyat Sabah dihimpit dengan kemiskinan yang hebat dan pendidikan tersorot sekali meski sabah kaya, tetapi rakyat termiskin dan sudah miskin ditambah dengan rakyat asing datang berbodong-bondong ke sabah dan mereka ini bukan kerja di ladang-ladang tetapi menjadi syaitan di bandar-bandar.


Mereka ini memenuhi kota, pekan dan kampung serta tanah-tanah terbiar untuk mereka membina rumah dan anak-anak mereka pergi ke super market dan mencuri, ragut, ugut dan menikam kalau ada yang melawan atau enggan memberi wang.


Dan ketika subuh ada antara mereka tidak tidur dan menyiasat rumah mana yang mahu dirampok atau dimasuki dan kemudian mencuri apa saja dan inilah hakikatnya.

 

Keadaan ini menyebabkan kita semua terpaksa berhati-hati dan tidur malam seperti ayam meski pintu jendela ada pagar gerigi besi dan itu juga tidak selamat dan keadaannya kita hidup dalam ketakutan dan tidak lagi kita hidup aman seperti dulu dan keadaan ini punca kesan PROJEK IC yang dimulakan oleh Mahathir mama yang banyak menyusahkan bangsa kita di Sabah.

Kalau perkara ini berlaku dan BN terus memerintah, maka jawabannya kita tetap akan susah dan anak bangsa kita akan merempat dan jangan hairan kalau suatu waktu akan jadi kekacauan mandi darah kesan perbuatan kerajaan memberikan mereka IC, mengundi dan menentukan pemerintahan di Malaysia ini.


Sedarlah duhai bangsaku! 


Sumber : Aduan Rakyat Tenom ( ART ) 

PBRS gesa kerajaan menubuhkan SSD

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengesa kerajaan persekutuan untuk mengambil pandangan yang diberikan oleh parti-parti tempatan Sabah mengenai kegusaran terhadap masalah pendatang asing, yang bukan sahaja membanjiri negeri ini, malah mendapat kad pengenalan Mykad seperti yang didakwa.

Ketua Pergerakan Pemuda PBRS N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, pendirian parti terhadap masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri ini adalah jelas mahu satu penyelesaian dilakukan, kerana masalah mengenai PATI itu telah lama diperdebatkan oleh parti itu, sepertimana yang disuarakan oleh parti-parti komponen sama ada secara terbuka mahupun melalui mesyuarat tahunan perwakilan.

“Kegusaran kita mengenai masalah ini sudah berlarutan sekian lama. kita desak agar perhatian dan tindakan yang wajar dilakukan. Jangan biarkan rakyat tempatan di negeri ini merasa tidak dipedulikan.”

Beliau berkata, kebimbangan rakyat tempatan haruslah diberi perhatian dan wajar diberi keutamaan melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) mengenai PATI dan dakwaan pendatang mendapat Mykad.

Kahirin yang juga Exco Pemuda PBRS Pusat berkata Pergerakan Pemuda mendesak kerajaan agar menubuhkan SSD diberi perhatian dengan serius.

“Kita hairan segelintir bangsa asing mengakui mempunyai Mykad, kita tidak tahu bagaimana mereka memperoleh Mykad itu, namun pemilikan mereka terhadap mykad telah menimbulkan perasaan marah di kalangan penduduk tempatan”.

Katanya, selagi tidak ada penyelesaian dilakukan oleh kerajaan Pusat berkaitan dengan pendatang asing, maka selagi itulah rakyat Sabah tetap mempersoalkannya.

Malahan kata Kahirin, media maya seperti facebook, blog, twiter telah menjadi saluran rakyat Sabah melepaskan perasaan mereka terhadap masalah yang tidak mencapai jalan penyelesaian.

Dengan adanya penubuhan SSD kata Kahirin, akan membuka ruang kepada kerajaan untuk mengatasi masalah itu.

“PBRS menyokong penubuhan SSD, perjuangan kami tentang masalah pendatang asing tidak pernah berakhir dan kami tidak pernah berputus asa,” kata Kahirin lagi.

Daerah Kecil Sook, kata Kahirin, hanya sebuah kawasan terpencil di pedalaman Sabah tetapi tidak terkecuali dibanjiri oleh PATI. Malahan kehadiran PATI itu juga telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan selain kes jenayah kerap berlaku yang dikaitkan dengan PATI.

Ketika Banci 1970, kata Kahirin, Sabah mempunyai 636,431 penduduk dan jumlah itu telah meningkat kepada 3.3 juta pada 2005.

“Ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk tempatan yang akhirnya akan menjadi penduduk minoriti di negeri sendiri,” katanya.

Friday, November 11, 2011

PAIRIN: PATI DI SABAH IBARAT 'PEKUNG PERLU DIBEDAH'

Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah umpama satu 'pekung' dalam badan 1Malaysia yang perlu dibedah, diubati dan dibuang, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata ini kerana masalah itu masih lagi kekal dalam pemikiran rakyat Sabah walaupun sudah banyak langkah dan tindakan yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Program 6P di Semenanjung dan 5P di negeri ini.

"Kita mengharapkan program-program ini akan terus dilaksanakan dan berjaya. Ini kerana kita sedia maklum dengan keadaan yang kita terima daripada pentadbir-pentadbir yang lalu.

"Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan PBS yang Ke-26 di Dewan KDCA, di Penampang, semalam.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata PBS menyokong semua usaha kerajaan selama ini untuk menangani masalah PATI termasuklah penggunaan sistem biometrik.

"Tetapi dengan laporan adanya 'Projek IC' daripada pelbagai sumber, rakyat tempatan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan atas permohonan daripada beberapa parti komponen BN, termasuk PBS supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuat penyelesaian muktamad ke atas masalah ini," katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta supaya penubuhan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan pada tahun 2012.

Pairin juga berharap isu-isu lain termasuk peluang pekerjaan, royalti minyak, perkongsian kuasa dan peluang kontraktor dari Sabah diberi perhatian.

Beliau berkata isu-isu itu perlu didengar dan diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Pairin berkata PBS turut menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri yang menyeru semua bekerja keras dan sebagai satu pasukan, untuk memastikan kemenangan BN dengan lebih cemerlang pada pilihan raya akan datang.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan :
Pairin Katingan menyuarakan perasaannya ketika kerajaan PBS pimpinannya jatuh atasan permainan politik melalui projek IC memberi taraf warganegara mee segera kepada rakyta Indonesia dan Filipina dan seterusnya diberi mengundi hak mengundi dengan mengundi BN dan jatuhlah kerajaan Pairin. Rancangan ini adalah arahan Mahathir yang dikenali sebagai ‘Projek M’-mengeluarkan IC biru kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi.Semua yang terlibat menafikan seperti yang mereka menafikan pembongkaran projek IC oleh Pemuda PAS baru-baru ini. Puak-puak babi dan anjing-anjing UMNO ini tidak akan mengaku yang mereka terlibat mengeluarkan IC kepada warga asing sama ada di Sabah dulu dan kini di Semenanjung.
MODUS Operandi pengeluaran IC kepada warga asing di sabah terbongkar berikutan penahanan lebih 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara sekitar 1995, kononnya melalui kaedah Sijil Akuan sebagaimana yang tercatat di belakang Kad Pengenalan biru mereka.

Namun, pendedahan yang dibuat oleh seorang Pegawai JPN yang juga mantan tahanan ISA, Yakub Damsah dan Setiausaha Task Force UMNO Sabah, Jabarkhan Napi @ Yasser Arafat, mereka tidak menggunakan sebarang surat akuan atau apa-apa dokumen ketika ‘diarah’ memproses kad pengenalan berkenaan, sebagaimana yang didedahkan di dalam buku ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’.

Pendedahan Kong Hong Ming berhubung ‘Operasi’ di Kampung Kalabakan Tengah, Tawau menimbulkan kemarahan Jabatan Pendaftaran Negara, ahli politik UMNO, parti komponen dan sebagainya kerana mereka terlibat.Ppendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jeffrey Kitingan begitu mengejutkan kerana ‘Warga Asing’ bukan sahaja diberikan Kad Pengenalan melalui ‘Ops Gembleng’ pada 1991-1993, malah diberikan Sijil Lahir daftar lewat seolah-olah mereka dilahirkan di Sabah bagi ‘menutup’ dakwaan pemberian kad pengenalan biru kepada PATI melalui Sijil Akuan yang dipalsukan.

Itulah agenda jahat UMNO untuk menang dalam pilihan raya dan takut hilang kuasa, UMNO sanggup melakukan apa sahaja walaupun mengadaikan masa depan rakyat dan Negara ini ke tangan warganegara asing.

RCI siasat PATI di Sabah tak mungkin, kata Wikileaks

Menurut kabel sulit Amerika Syarikat, harapan adalah tipis bagi menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah dan meletakkan tanggungjawab itu di bahu "ahli-ahli politik era Mahathir" di negeri itu.

mahathir at global 
leadership forum 070905 talkingKabel, yang dimuat-naikan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks mendakwa kerajaan persekutuan dan Umno secara aktif telah memberi kerakyatan negara ini kepada pendatang asing tanpa izin sebagai pertukaran untuk sokongan politik.

Menurut kabel itu, seorang pegawai kanan perisikan yang telah bersara "terus-terang mengakui” bahawa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed (kiri) telah "menerima pendatang tanpa izin "dari negara jiran, Indonesia dan Filipina untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di negeri ini."

Menurut pegawai berkenaan tindakan tersebut sebagai langkah pencegahan untuk "menghindari apa-apa sentimen pemisah di Sabah pada masa depan, dan di samping memperkukuhkan undi Umno yang diperlukan bagi menguasai negeri itu.”

sabah illegal immigrant"Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dikendalikan dengan betul, mungkin akan mendedahkan tembelang dan rasuah politik Umno serta cara mereka memanipulasi undi dan akan mengapi-apikan rakyat Sabah," kata kabel, bertarikh 5 September, 2008 itu.

Ahli-ahli politik dan aktivis Sabah telah lama menuntut agar kerajaan persekutuan memenuhi tanggungjawabnya membantu menyelesaikan isu kerakyatan pendatang asing itu. Ramai yang mengakui perkara itu cukup berleluasa semasa pilihan raya negeri 1994 apabila PBS yang menjadi pembangkang ketika itu ditumbangkan oleh BN selepas memerintah selama sembilan tahun.

sabah 
sulu sultan claimsAntara tuntutan yang dikemukakan bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu adalah untuk mengenalpasti pada peringkat akar umbi masalah pendatang haram yang terus meningkat setiap hari.

Desakan terbaru dibuat oleh Presiden Upko yang juga adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berikutan dakwaan pertabalan seorang ahli perniagaan Sabah sebagai Sultan Sulu.

Agenda Tersembunyi PATI di Sabah

- Mengapa isu PATI di Sabah tidak pernah selesai sejak dulu lagi ?
- Mengapa PATI mudah mendapat kerakyatan di Sabah ( dapat IC ) ?
- Mengapa Sabah agak ketinggalan dari segi kemajuan berbanding negeri lain?

Mungkin anda mempunyai jawapan dan pandangan tersendiri mengenai persoalan di atas. Kali ini, Suara Borneo akan berkongsi mengenai “ agenda Tersembunyi PATI” di Sabah.

Semasa Sabah masih di bawah pemerintahan parti politik kelahiran Sabah, isu mengenai PATI mulai diambil perhatian. Ketika itu, Sabah dibawah pentadbiran Parti Bersatu Sabah ( PBS ) dan UMNO khususnya BN belum Berjaya menembusi jiwa rakyat Sabah.

Kekayaan yang dimiliki negeri Sabah membuatkan UMNO tidak berputus asa dan mulai berusaha mencari jalan untuk menawan Sabah. Antara jalan yang ditemukan oleh UMNO ialah memberikan kerakyatan kepada PATI melalui “ Projek M”, ketika itu Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia. PATI yang telah mendapat kerakyatan melalui projek tersebut secara automatic menjadi penyokong dan pengundi UMNO.

PATI merupakan pengundi hantu adalah antara “ Agenda tersembunyi PATI “ di Sabah. Selain itu, Pati juga turut memainkan peranan dalam mengislamkan Sabah. Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan PATI beragama islam. Mungkin ada di kalangan bumiputera Sabah terutama yang beragama islam tidak risau mengenai isu PATI kerana mereka berfikir ia tidak mengancam Sabah.

Jika keadaan ini tidak dikawal dengan sempurna, kemungkinan pada masa akan dating PATI akan menjadi golongan majority dan bumiputera pula menjadi golongan minority. Dasar-dasar yang dijalankan oleh mantan PM Tun Dr Mahathir benar-benar member impak yang besar terhadap Sabah. Pairin sendiri pernah mengatakan bahawa “ Mahathir destroy Sabah “.

PATI sebenarnya hanya menyebabkan kemunduran terhadap Sabah. Lihat saja di pekan Inanam, Indah Permai, Kota Marudu dan banyak lagi tempat di Sabah, PATI hanya mencemarkan imej Sabah. Kebannyakan mereka adalah samseng jalanan, penjual rokok seludup di kaki lima, perompak, dan kes-kes jenayah yang lain.

Kita berharap kerajaan sekarang di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Najib agar memandang serius dan jujur mengenai isu ini sesuai dengan slogan 1 Malaysia “ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”

Wednesday, November 2, 2011

PATI Sabah

MUTALIB M.D

EKORAN daripada cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memintanya mengemukakan bukti sekiranya benar wujud pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah diberikan dokumen pengenalan diri Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) telah menerima cabaran tersebut dan mengotakan janjinya untuk mengemukakan bukti setelah menyerahkan ‘Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’ kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Abu Seman Yusof pada 16 Disember 2010, genap enam bulan selepas cabaran diberikan.

Berikut adalah Wawancara Penuh Ketua Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D dengan Ahli Parlimen Malaysia (P 170 Tuaran) yang diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia pada 16 Disember 2010.

MUTALIB M.D: Selamat Petang Datuk Seri. Saya dimaklumkan sebentar tadi Datuk Seri telah menyampaikan Memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri selaras dengan janji Datuk Seri kepada Dato’ Seri Hishamuddin pada 16 Jun 2010. Kenapa Datuk Seri mengambil masa agak lama untuk mengemukakan bukti berkenaan.

BUMBURING: Ya selamat petang dan terima kasih kerana kesudian Sabahkini.net memfokuskan isu yang amat penting ini kepada Sabah dan rakyatnya sejak lebih 30 tahun lalu. Sebenarnya enam bulan bukanlah masa yang panjang untuk menghuraikan masalah dan mencari bukti bagi menyelesaikan isu yang telah berakar umbi selama lebih daripada tiga dekad. Setelah berbincang dengan Panel Peguam UPKO dan beberapa pakar rujuk, inilah salinan memorandum, sama seperti yang telah saya serahkan kepada Dato’ Wira Abu Seman kerana Menteri Dalam Negeri tidak dapat hadir (menyerahkan sesalinan memorandum setebal 122 muka surat untuk rujukan sepintas lalu).

MUTALIB M.D: Kenapa Datuk Seri namakan ‘Memorandum ini sebagai Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’. Jika kerajaan sudah berikan, bagaimana mereka mahu membatalkan?

BUMBURING: Tajuk itu dipilih secara rigid dan itulah hasrat tulus dan sucihati semua rakyat Sabah agar Kerajaan Persekutuan membatalkan semua dokumen pengenalan diri yang diberikan secara tidak sah kepada PATI. Mengikut undang-undang dan hukum alam, jika mereka boleh memberi, maka mereka boleh membatalkannya. Kita harap agar Kerajaan Persekutuan dan Kabinet Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membatalkan semua dokumen ini secara mandatori dan tidak berdalih lagi kerana segala bukti telah saya serahkan.

MUTALIB M.D: Datuk Seri menggunakan terma ‘Skandal X-Files’ iaitu sinonim yang saya gunakan dalam buku saya ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’; apakah maksudnya sama atau ada maksud lain?

BUMBURING: Ya, pandangan kita hampir sama tetapi ada perbezaan yang ketara dari segi makna dan tafsirannya. Skandal X-Files bagi saya merujuk kepada ‘Gerakan Subversif’ kumpulan tertentu, sama ada dengan arahan atau secara bersendirian; mempengaruhi pihak berkuasa (Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri) untuk menjalankan gerakan secara besar-besaran; mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing yang boleh disewa untuk tujuan politik; tetapi menggunakan modus operandi yang bercanggah atau menyimpang daripada kehendak Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik dan menjadikan PATI yang boleh mengundi (setelah memperolehi kad pengenalan atau dokumen pengenalan sementara) sebagai ‘Fixed Deposit’ sehingga menafikan hak Anak Negeri Sabah yang tulen.


‘Skandal X-Files’ ini lebih dasyhat daripada ‘Skandal Watergate’ yang pernah berlaku di Amerika kerana skandal di Malaysia ini melibatkan rahsia, maruah dan kedaulatan ngara dan isu ini bukan rahsia lagi setelah saudara dan rakyat Sabah yang lain telah membentangkan hujah berhubung isu ini dalam buku beberapa buah buku yang telah dicetak dan dijual kepada umum.

Memorandum ini melambangkan niat ikhlas, sucihati dan bersatupadu seluruh Warga Sabah terutama anak cucu kepada mereka yang telah memperjuangkan Kemerdekaan Sabah daripada British yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia, namun hak mereka sebagai pewaris telah dipinggirkan Kerajaan Barisan Nasional dengan merekrut warga asing sebagai ‘Anak Negeri’ dan ‘Pengundi’.”

MUTALIB M.D: Bukankah tindakan ini ibarat menongkah arus kerana Datuk Seri sebagai Ahli Parlimen yang mewakili BN dan tidakkah boleh dibincangkan di peringkat Jawatankuasa atau dibahaskan di Parlimen?

BUMBURING: Saya dan Ahli Parlimen (Sabah) sebelum ini telah cuba untuk mengetengahkan isu ini termasuk membuat usul dan pertanyaan lisan atau bertulis, namun kesuntukan masa dan halangan birokrasi menyebabkan isu ini terperam begitu lama di parlimen. Pertanyaan demi pertanyaan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat belum pernah dijawab secara saksama oleh Menteri Dalam Negeri; termasuklah pertanyaan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Radin Malleh pada 14 November 1995 berhubung Ops Gembleng tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.

Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, saya berhak untuk menyampaikan amanat rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak terniat sama sekali untuk mengkritik atau menentang dasar Kerajaan Persekutuan.

Apa yang berlaku hanya penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian; seperti juga Skandal Pasport dan Pas Lawatan yang menggemparkan negara kita apabila Ketua Pengarah dan Timbalannya didakwa atas tuduhan rasuah. Bezanya, semua pegawai JPN yang terlibat dengan Ops Gembleng hanya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan rahsia tersebut terpendam begitu sahaja.

MUTALIB M.D: Apakah yang menyebabkan Datuk Seri terfikir untuk mengemukakan memorandum setebal 122 muka surat yang dilengkapi bukti kepada KDN sedangkan Ahli Parlimen sebelum ini hanya menghantar sekeping surat atau membahasnya secara terbuka tanpa menyentuh ‘rahsia besar’ yang cuba disembunyikan kerajaan selama ini?

BUMBURING: Saya membuat memorandum ini agar Kerajaan Malaysia membatalkan semua kad pengenalan projek yang telah diberi secara curang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan generasi pertama, kedua dan seterusnya sejak 1972 sehingga kini kerana ia mencabul Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Saya berpendapat Kad Pengenalan biru yang menjadi asas kepada pemberian MyKad yang diproses oleh ‘Sindiket X-Files’ Kerajaan, sama ada dengan izin atau tanpa pengetahuan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara adalah mengancam keselamatan negara dan wajar dirampas daripada mereka untuk digantikan dengan dokumen pengenalan diri yang sesuai (kad pengenalan hijau atau merah-mengikut kesesuaian) bagi menjaga dan memperkasa Kedaulatan Malaysia.

MUTALIB M.D: Apakah asas untuk Datuk Seri membuat ‘pendakwaan’ terbuka terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu kad pengenalan palsu, projek atau dokumen pengenalan sementara yang Datuk Seri dakwa diberikan secara curang kepada PATI?

BUMBURING: Sebagai Penggubal Undang-Undang di Parlimen, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan merujuk kepada Bahagian 3, Bab 1, Fasal 14, 15, 16, 18, 19 dan 22 Perlembagaan Persekutuan dan Instrument (Peraturan Pendaftaran) Jabatan Pendaftaran Negara dengan jelas menyebut cara Perolehan Kewarganegaraan. Oleh itu, sebarang penyimpangan atau pencabulan terhadap klausa dan fasal di atas bercanggah dengan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan secara mutlak bahawa; “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”

Pada pendapat saya, isu Kanun juga melibatkan 20 Perkara yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia dan wajar dipatuhi semua pihak terutama Perkara 6 dan 10 yang menyentuh isu kuasa Imigresen dan Kerakyatan;

Point 6: Immigration:

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 10: Citizenship

The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

* a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

* b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”

* c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen[8]

Jika Perkara 6 (20 Perkara) masih diterima pakai sehingga kini, kenapa Perkara 10 tidak dikuatkuasakan? Cuba kita lihat betapa kukuhnya Perkara 6 daripada intipati 20 Perkara yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Malaysia.

Setiap ‘Orang Malaya’ (termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kabinet) dikehendaki dari segi undang-undang untuk mengisi borang khas IMM 114-Pindaan 1/86 ketika memasuki Sabah melalui pintu imigresen yang sah.

Ini menandakan Sabah mempunyai ‘Dasar Imigresen’ yang tersendiri. Sekiranya mereka tidak mahu mengisi borang ini, maka mereka hendaklah menunjukkan Pasport Antarabangsa Malaysia atau Pasport Terhad untuk dicop sebagai kebenaran memasuki Sabah secara sah. Pemegang pas masuk ini hanya boleh tinggal selama 3 bulan di Sabah sekalipun beliau rakyat Malaysia.

MUTALIB M.D: Boleh Datuk Seri ceritakan latar belakang isu kerakyatan songsang yang dimaksudkan agar rakyat Sabah termasuk Adun dan Ahli Parlimen lebih faham?

BUMBURING: Isu ‘Kerakyatan Songsang’ di Sabah telah menjadi ‘Open Secret’, bukan sahaja di kedai kopi malah telah dibahaskan secara meluas, bukan sahaja di media masa, Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Parlimen; malah ke Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Istana Negara.

Sekalipun dibuat secara terancang melalui ‘Skandal X-Files’ untuk tujuan politik bagi meramaikan pengundi dalam usaha melakukan ‘Coup De-taat’ (Kudita atau rampasan kuasa) politik daripada rakyat tulen Sabah; namun kecintaan terhadap ibu pertiwi, rakyat Sabah menyuarakan keluhan mereka melalui Adun dan Ahli Parlimen, termasuk saya.

Senario ini menampakkan kebimbangan mereka terhadap ‘Virus PATI’ yang disuntik ke dalam sistem sosial di Sabah (kini menjalar ke seluruh Malaysia); sehingga berlaku perampasan hak mutlak mereka iaitu ‘kuasa undi’ yang berkuasa menentukan atau menjatuhkan kerajaan yang mereka pilih.

Walaupun tidak ada angka rasmi yang dapat diberikan, namun jumlah mereka kini sudah melebihi sejuta orang kerana berdasarkan jumlah kad pengenalan biru yang dikeluarkan kepada PATI sebanyak 322,903 dengan anggaran kasar setiap seorang daripada mereka memperolehi empat orang anak sejak memperoleh kerakyatan songsang.

Jumlah ini tidak termasuk mereka yang datang secara sah, tetapi tinggal di negara ini secara tidak sah setelah pas lawatan mereka tamat tempoh dan bersembunyi di koloni setinggan dan di kampung terpencil atau di pinggir bandar dengan menumpang di rumah saudara mara mereka yang telah mendapat ‘Suaka’ politik.

Ketidak cekapan sistem pemantauan kerajaan menyebabkan jumlah mereka semakin ramai dan boleh mengancam keselamatan negara.

MUTALIB M.D: Bukankah Menteri Dalam Negeri telah menafikan isu yang Datuk Seri bangkitkan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010 berhubung kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara yang mengesahkan bahawa ‘tiada MyKad telah diberi kepada pendatang haram atau orang yang tidak mempunyai status warganegara. Kerajaan hanya mengeluarkan Kad Pengenalan MyKad kepada warganegara yang layak mengikut peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi kenapa Datuk Seri mengemukakan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri?

BUMBURING: Sejajar dengan pelawaan Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan lisan saya untuk mengemukakan bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah yang dikeluarkan MyKad dan memberi maklumat-maklumat lengkap terus kepada beliau untuk disiasat dan diambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang dimaksudkan.

Berlandaskan Prinsip ‘Natural Justice’ yang diselaraskan dengan jaminan hak asasi sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebagai Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), saya mengemukakan memorandum ini untuk pertimbangan saksama dan penyelesaian khusus ‘Kerajaan Malaysia’ melalui Kementerian Dalam Negeri berdasarkan bukti yang dihuraikan secara ringkas dalam memorandum ini.

MUTALIB M.D: Bolehkah Datuk Seri ceritakan serba ringkas berhubung kerakyatan songsang yang berlaku di Sabah dan apakah bukti yang Datuk Seri ada untuk mengesahkan kejadian subversif ini?

BUMBURING: Seperti yang saudara tahu, isu kerakyatan songsang ini bermula sejak 1972, namun hanya pada 1999, wujud bukti bertulis yang dihasilkan rakyat Sabah kerana mereka begitu serius mengkaji dan mengumpul bukti ‘Skandal X-Files’ yang berlaku di Sabah selama ini, namun dinafikan Kerajaan Barisan Nasional.

Dakwaan paling berasas adalah buku yang saudara tulis termasuk ‘IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah’ pada 1999 dan diikuti dengan buku ‘Pengundi Untuk Disewa’ yang diterbitkan sekitar November 1999; serta buku ‘IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir’ yang diterbitkan pada Disember 2006; ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ yang diterbitkan pada 2007.

Mantan Tahanan ISA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga telah menerbitkan buku ‘Justice For Sabah’; Aktivis Masyarakat, Dr Chong Eng Leong pula menghasilkan buku ‘Lest We Forget’ dan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Wilfred Madius Tangau juga menerbitkan kompilasi ucapan beliau berhubung PATI iaitu ‘Suara Parlimen Anda.’

Kesemua buku ini adalah rakaman peristiwa sebenar daripada apa yang berlaku di Sabah sejak 1972 hingga kini kerana dipercayai Sindiket Kad Pengenalan Projek masih berleluasa di Sabah melalui beberapa modus operandi.

Sekalipun sekatan dan pemantauan dilakukan; namun agitasi politik menyebabkan isu ini tidak dapat dipadam dengan mudah kerana ‘Api Kemarahan’ sudah merebak ke relung hati rakyat tulen Sabah yang marah dan menyimpan dendam kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Barisan Nasional.

Istilah ‘Fixed Deposit’ yang diguna pakai pemimpin Persekutuan setiap kali berucap di Sabah menambah garam ke luka di hati rakyat yang semakin bernanah kerana istilah tersebut merujuk kepada ‘penyokong tegar’ Barisan Nasional yang terdiri daripada PATI yang memperoleh kerakyatan secara songsang; yang dijadikan modal setiap parti politik di Sabah untuk meraih sokongan rakyat tempatan.

Bagi majoriti rakyat tulen Sabah, termasuk saya sendiri; sebagai seorang penggubal undang-undang merasa malu apabila isu ini ditimbulkan berulang kali di Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Parlimen; namun tidak ada sebarang penyelesaian dibuat oleh Kerajaan Persekutuan yang telah berjanji untuk menjaga Kedaulatan dan Keselamatan Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.

Saya ingin mengitar semula beberapa bukti penting yang diberi nafas baru dan mengemukakan beberapa bukti baru yang mengesahkan bahawa dakwaan Kerajaan Persekutuan menanam ‘bom jangka’ di Sabah memang benar iaitu melalui kehadiran lebih SATU JUTA PATI yang ditulenkan melalui penganugerahan kad pengenalan projek yang mempunyai nombor siri tertentu.

Faktor angka bukanlah isu penting, tetapi ketegasan, ketelusan, ketulusan dan keikhlasan Menteri Dalam Negeri membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu yang berlarutan sejak lebih tiga dekad lalu, yang bukan sahaja diabaikan, malah dibiarkan berleluasa oleh beberapa Menteri Dalam Negeri yang lalu; amat diharap dan dialu-alukan oleh seluruh rakyat Sabah yang cintakan keamanan dan bangga menjadi Rakyat Malaysia dan ingin terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional.

MUTALIB M.D: Bukankah kesemua bukti yang Datuk Seri nyatakan tadi tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak mampu berinteraksi dengan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab apa juga kemusykilan. Apakah ada bukti lain yang lebih dominan?

BUMBURING: Memang Ada. Setelah saya dan jentera pentadbiran saya menjalankan kajian di seluruh Sabah, dengan sokongan dan dukungan ramai NGO dan orang perseorangan, saya ingin mengemukakan bukti sah kewujudan PATI dan bukti PATI memiliki kad pengenalan Malaysia melalui jalan songsang.

Sekalipun Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti telah mengadakan siasatan awal dengan memanggil beberapa pihak (termasuk saudara) untuk memberi keterangan, namun mereka tidak mempunyai Locus-standi dan status-quo untuk mengambil tindakan menurut lunas undang-undang.

Bukti yang dikemukakan bersama ini adalah ‘Tips of Iceberg’ yang boleh diguna pakai oleh KDN untuk menjalankan siasatan terperinci dan mendakwa dalang di sebalik ‘Sindiket X-Files’ ini menurut undang-undang sebagaimana yang dijanjikan Menteri Dalam Negeri melalui jawapan pertanyaan lisan di Parlimen.

Semua salinan dokumen yang disertakan bukanlah rahsia bagi rakyat Sabah yang setiap hari hidup dalam keadaan ketakutan kerana sentiasa dibayangi PATI yang bersikap rakus dan ganas sekalipun telah diberi peluang menjadi rakyat Sabah (Malaysia) melalui pemberian kad pengenalan yang mempunyai huruf keramat ‘H’.

Sabah yang menjadi sasaran ‘Skandal X-Files’ terpaksa menanggung beban sosial, ekonomi dan politik secara bersendirian kerana hanya Sabah menjadi sasaran ‘Tokoh Politik’ Nasional yang ingin merampas kuasa rakyat dan mengekalkan kuasa selagi terdaya sehingga enggan mendengar keluhan rakyat Sabah yang disampaikan melalui Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sejak 1972 lagi.

Lanjutan daripada hasrat melambung rakyat Sabah, saya menerima cabaran Menteri Dalam Negeri dan ingin mengemukakan bukti yang boleh dijadikan rujukan untuk mencari formula yang berkesan bagi menangani masalah kerakyatan songsang di Sabah yang didakwa melibatkan campurtangan Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.


Saya bersedia membawa salah seorang daripada 15 Mantan Pegawai Jabatan Pendaftaran Sabah, Yakub Damsah, yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sebelum ini memberi keterangan di dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ kerana rakyat mempercayai dalilnya.

Yakub bersedia menjadi saksi dan memberi keterangan di Parlimen atau di Mahkamah Undang-Undang berhubung dakwaannya bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Sabah terlibat mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan projek kepada PATI di Sabah sekitar 1991 sehingga 1994.

Sebagai bekas pegawai kerajaan, Yakub mendakwa Kerajaan Persekutuan menjadikan mereka kambing hitam untuk menghalalkan ‘jenayah’ yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Dato’ Seri Megat Junid Megat Ayub.

Yakub mendakwa bahawa mereka telah dikerah untuk mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan biru melalui misi khas namun tidak tahu kepada siapa kad pengenalan biru yang mereka tandatangani diberikan.

Selain Yakub, Mantan Tahanan ISA, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat juga bersedia memberi keterangan; sekalipun Jabar telah memberi keterangan di hadapan ‘Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti’ yang dipengerusikan Tan Sri Bernard Dompok pada 26 Februari 2007 di Dewan Parlimen.

Manakala, 14 orang lagi mantan Pegawai Pendaftaran Negara yang dilucutkan jawatan selepas dibebaskan daripada tahanan ISA juga bersedia memberi keterangan jika diperlukan atau mereka boleh disapena jika KDN benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini dengan memanggil mereka yang terdiri daripada;

01) Hamzah Tim
02) Asli Sidup
03) Balasius Balajin
04) Mohd Tohid Mohamad
05) Mohd Nasir Sungip
06) Ibnu Ham Tajur Arifin
07) Ishak Yusof Apok
08) Azmi Karim
09) Juliah Damsah
10) Mohd Razali Samin
11) Jumahat Taripin
12) Abdul Rauf Sani
13) Zakaria Ahmad
14) Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil

Saksi bergerak (15 bekas pegawai JPN) yang boleh bercakap ini lebih baik daripada semua dokumen yang dipaparkan di dalam semua buku yang dihasilkan para penulis di Sabah kerana boleh berinteraksi secara bebas dan boleh mengemukakan alibi yang melampaui keraguan munasabah.

MUTALIB M.D: Selain Yakub dan 14 bekas Pegawai JPN, siapakah lagi yang boleh memberikan bukti berasaskan peruntukan undang-undang?

BUMBURING: Saya telah menghubungi Mantan Ketua Daerah Sandakan dan Mantan Tahanan ISA, OKK Hassnar MP Ebrahim, namun beliau hanya bersedia mendedahkan ‘Skandal X-Files’ di mahkamah kerana beliau pernah menolak apabila dijemput oleh Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti kerana beranggapan sebagai ‘membuang masa’ disebabkan tidak yakin dengan kredibiliti jawatankuasa khas berkenaan yang tidak mempunyai Locus-Standi.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 1999, Hassnar mendedahkan bahawa beliau telah diarah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh menemui Datuk Megat Junid Megat Ayub untuk mengambil borang memproses kad pengenalan untuk merekrut warga asing Filipina dan Indonesia dengan tujuan untuk meramaikan pengundi Islam setelah Harris membayar sejumlah RM2 juta kepada Megat Junid untuk tujuan berkenaan.

Hassnar turut mengulangi dakwaannya dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ di halaman 435, bahawa beliau sangat berharap agar dakwaannya bahawa isteri Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Hassan Alban Sandukong yang bernama Datin Nurfideri sebagai ‘Datin Pendatang Haram’ dapat disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

MUTALIB M.D: Selain daripada saksi-saksi yang Datuk Seri sebut tadi, siapakah lagi yang bersedia memberi keterangan jika diminta KDN?

BUMBURING: Saya tertarik dengan pendedahan seorang saksi daripada Telupid iaitu Kamaruddin Omar yang telah mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Saya telah berjaya menghubungi Kamaruddin dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan serta bukti bahawa ramai PATI India memperolehi kad pengenalan projek, termasuklah Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru.

Selama ini modus operandinya hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah. Kata Kamaruddin, Mohd Ansar Maidin (pemegang pasport India) ialah bekas pekerjanya (sebagai pembuat roti canai) di sebuah restoran di Papar.

Kamaruddin sedia memberi keterangan di Parlimen atau Mahkamah dan mendakwa boleh mengenali lebih daripada 80 peratus India yang berada di Sabah adalah Pendatang Haram India yang mendapat kad pengenalan melalui DPIM dan modus operandi lain.

Selain, Kamaruddin, seorang bekas Tahanan ISA, Mohd Kasir Abdulini merupakan Bugis yang berasal daripada Indonesia dan mendapat kad pengenalan melalui jalan songsang dan telah menjadi salah seorang ‘Watak’ penting untuk merekrut PATI melalui modus operandi Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS). Beliau turut diberkas dan ditahan di bawah ISA bersama 24 orang awam lain yang terlibat dengan ‘Skandal X-Files’.

Melalui Modus Operandi tersebut, mereka menggunakan borang keahlian PKBS ini, mereka mengambil cap jari dan gambar semua PATI untuk dibuatkan kad pengenalan biru; sedangkan di bawah Akta Pertubuhan 1960 semua persatuan dilarang menggunakan borang yang mengambil cap jari ahli untuk sebarang tujuan.

Pada mulanya hanya untuk PATI Indonesia, namun akhirnya semua PATI termasuk INDIA dan PAKISTAN juga menggunakan borang PKBS untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Kasir menyimpan puluhan ribu data PATI yang telah mendapat kad pengenalan biru melalui beliau dan sebahagiannya ada dipaparkan dalam memorandum ini.

Ramai di antara mereka yang mendapat kad pengenalan biru melalui Modus Operandi ini sudah menjadi jutawan dan ahli politik terkenal di Sabah; sehingga mereka berjaya menubuhkan cawangan UMNO, menjadi Ketua Cawangan, AJK Bahagian; malah ada yang sudah menjadi Adun.

MUTALIB M.D: Kesemua saksi yang Datuk Seri nyatakan tadi hanyalah orang awam atau bekas pegawai atau mereka yang tidak mempunyai bidangkuasa atau locus-standi untuk menentusahkan sesuatu dokumen. Adakah saksi lain yang boleh dipercayai boleh memberi keterangan bahawa Virus PATI begitu meruncing di Sabah.

BUMBURING: Saya rasa semua pegawai penguatkuasa boleh dijadikan saksi untuk memberikan keterangan bersumpah terutama seorang pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang telah membuat laporan polis berhubung tangkapan yang telah mereka buat terutama yang telah dibebaskan Jabatan Imigresen Malaysia tanpa didakwa di mahkamah.

Kebanyakan PATI yang ditangkap APMM menggunakan dokumen palsu dan dokumen yang dikeluarkan Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK atau Ketua Anak Negeri yang memberikan pelbagai pengesahan dengan bayaran tertentu. Ramai di antara yang diberkas APMM menunjukkan dokumen daripada Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Sabah, sedangkan unit berkenaan bukanlah Jabatan Imigresen. Ada di antara mereka menggunakan surat pengesahan tersebut selama berpuluh tahun. Apabila tertangkap, mereka dibebaskan dengan syarat sanggup membayar sejumlah wang

MUTALIB M.D: Bagaimana pula di pihak Kerajaan Negeri Sabah. Adakah Datuk Seri akan memanggil mereka untuk memberi keterangan atau membantu Datuk Seri menonjolkan bukti yang diperlukan untuk menyokong dakwaan Datuk Seri?

BUMBURING: Jika KDN benar-benar ini menyelesaikan isu pemberian PR kepada pelarian Filipina di Sabah, mereka wajar memanggil salah seorang menteri kabinet Sabah iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Ebin untuk memberi keterangan kerana Kabinet Sabah membantah pemberian MyPR kepada pelarian Filipina di Sabah yang sebelum ini memegang IMM13.

Dalam kenyataan akhbarnya di Utusan Borneo (Sabah), pada 3 September 2007, Ewon meminta agar rakyat Sabah tidak perlu risau berhubung dakwaan pembangkang bahawa pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada pemegang IMM13 disokong Kerajaan.

Kata Ewon, Kabinet Negeri Sabah dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman telah membantah cadangan Kerajaan Persekutuan mem-berikan taraf PR itu.

"Dakwaan pembangkang hanya merupakan dakyah politik yang sengaja dibesar-besarkan semata-mata menarik perhatian rakyat agar membenci kerajaan yang memerintah, apa lagi pada saat menjelang pilihanraya," kata Ewon.

Menurut Ewon, jika Kerajaan Sabah menentang pemberian PR kepada pelarian, maka apa lagi yang perlu dirisaukan kerana kerajaanlah yang berhak dan perlu didengar untuk menangani masalah tersebut.

Keterangan Adun Paginatan ini bercanggah dengan apa yang berlaku sekarang kerana puluhan ribu pemegang IMM13 telah mendapat atau diberikan MyPR yang membolehkan mereka menetap di Sabah secara bebas kerana sebelum ini mereka perlu memperbaharui IMM13 mereka setiap tahun. Apa terjadi dengan IMM13 mereka?

MUTALIB M.D: Ada siapa lagi atau dokumen yang Datuk Seri ingin tunjukkan bagi membuktikan bukti wujudnya PATI yang mendapat MyKad atau dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah?

BUMBURING: Semua dokumen atau bukti ada dalam Memorandum ini tetapi banyak yang sulit dan tidak dapat disiarkan kerana melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan. Namun ramai saksi lain dan bukti lain yang boleh didedahkan; terutama mereka yang disyaki memegang dokumen palsu atau projek berkenaan untuk menjawat pelbagai jawatan termasuk Adun. Sebelum ini dua orang PATI Filipina tampil dan membuat pengakuan bahawa mereka memang PATI dan mendapat kad pengenalan projek iaitu Fuad Arif dan Tamskie A Said.

Saya ingin tegaskan bahawa masih ramai PATI di Sabah yang menggunakan dokumen Unit Penempatan JKM, IMM13 palsu dan MyPR palsu yang didalangi sindiket, sekali bukan pada skala besar seperti di era 90-an. Keadaan lebih parah ketika pilihanraya kerana ramai PATI turun atau diupah untuk membuang undi menggunakan resit kad pengenalan sementara atau MyKad yang hanya dikhususkan untuk mengundi. Ramai daripada mereka mengundi lebih daripada sekali di tempat yang sama atau berasingan dengan menggunakan kad pengenalan yang berlainan.

Sebagai contoh, Mohd Hassan Ambotuo yang dilantik menjadi Ketua Kampung Sinar Baru, Sandakan merupakan PATI daripada Indonesia yang sebelum ini bekerja di kem pembalakan. Nama sebenarnya Lahassan Bin Cupak iaitu nama dalam pasport asal dan Kartu Tetap Penduduk Indonesia. Pada 1984 mendapat kad pengenalan H0327140 tetapi berkongsi dengan orang lain sebelum mendapat MyKad 430204-12-5295 yang digunakan untuk menjadi Ketua Kampung.

MUTALIB M.D: Ketika menjalankan kajian, adakah Datuk Seri sedar bahawa banyak Pusat Penempatan Pelarian Filipina yang ditinggalkan UNHCR telah digunakan sebagai Kampung yang dilengkapkan dengan segala prasarana oleh Kerajaan BN dan kebanyakan bekas pelarian masih menetap di kampung berkenaan.

BUMBURING: Mengikut rekod tidak rasmi seramai 60,000 pelarian masih berada di Sabah, namun jumlah mereka semakin bertambah sekalipun ramai di antara mereka yang telah memiliki MyKad. Pasukan Petugas Khas Persekutuan mengadakan banci setiap tahun sekalipun penduduk di kampung pelarian tidak lagi menggunakan IMM13.

Kebanyakan bekas pelarian Filipina ini masih tinggal di Pusat Penempatan Pelarian yang pernah dibina oleh UNHCR sekalipun mereka mempunyai kad pengenalan merah (MyPR) dan MyKad.

Saya agak terkejut kerana di setiap rumah bekas pelarian ini terdapat kertas banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan (Task Force) sedangkan kesemua mereka telah memiliki MyKad atau MyPR, baik melalui saluran sah atau jalan songsang. Kenapa Task Force masih mahu banci sedangkan mereka sudah mendapat kad pengenalan, melainkan IMM13 yang mereka miliki sebelum ini telah digantikan dengan penama baru seperti yang didakwa ramai pihak.

MUTALIB M.D: Semasa Datuk Seri dan pembantu menjalankan kajian, adakah pernah bertemu dengan sesuatu senario yang membahayakan keselamatan awam dan memudaratkan kedaulatan Sabah?

BUMBURING: Memang tidak dinafikan kami berhadapan dengan pelbagai masalah di kawasan setinggan yang dihuni PATI kerana mereka was-was untuk memberikan kerjasama dan kebanyakannya dikuasai pengedar dadah dan penyeludup seolah-olah kawasan tersebut bukan terletak di Sabah kerana tiada penguatkuasaan. Syabu dan dadah serta rokok haram dijual secara terbuka. Orang saya mengalami kesukaran untuk memasuki Pulau Jampiras yang dihuni oleh bekas pejuang Moro kerana kebanyakan mereka bersenjata automatik dan seolah-olah berada di negara asal mereka. Anehnya mereka memiliki MyKad dan bebas keluar masuk ke Sabah, hatta ke Semenanjung Malaysia tanpa pemeriksaan Imigresen. Sungguh istimewa.

Mengikut maklumat yang saya terima, Kerajaan Persekutuan telah mengumpul pejuang MORO di Pulau Jampiras, Sandakan untuk dilatih dan dihantar kembali ke negara mereka untuk memperjuangkan autonomi di Selatan Filipina. Namun sehingga kini mereka masih berada di Jampiras dan diberikan kad pengenalan projek. Bagaimana nasib generasi kita kelak kerana mereka bersenjata sedangkan kita hanya berbangga dengan gelaran ‘Anak Negeri’?

MUTALIB M.D: Apakah kesan jangka panjang kehadiran PATI dan apa yang telah dilakukan rakyat Sabah selama ini untuk menampan ledakan PATI yang semakin membimbangkan?

BUMBURING: Selama ini, rakyat Sabah, tanpa mengira fahaman politik, suku kaum atau anutan agama sentiasa berganding bahu memerangi Gejala PATI yang bermaharaja lela di Sabah, daripada protes lisan atau menghantar memorandum bertulis kepada Kerajaan, termasuk ke bawah DYMM Yang DiPertuan Agong.

Protes senyap ini menunjukkan rakyat sudah muak dengan janji Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi Isu PATI di Sabah yang telah berlanjutan selama tiga dekad sehingga memaksa seorang akauntan, Joshua Kong menjadi NGO yang aktif memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dengan memakai selendang yang bertulis ‘Illegal Government Must Go’, iaitu merujuk kepada tindakan menggunakan PATI sebagai pengundi!

Cabaran paling besar ialah generasi baru PATI yang dilahirkan di Sabah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tanpa pendidikan dan terbiar merupakan bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa, terutama setelah mereka membesar atau melakukan jenayah ketika masih juvana. Mereka ini telah menjadi ancaman besar kepada sistem sosial di Sabah yang semakin tidak keruan. Siapakah yang akan menyelamatkan generasi Sabah jika kita tidak memulakannya?

Anak Warga asing yang kebanyakannya PATI amat bertuah kerana mendapat pendidikan asas di Humana berbanding kanak-kanak kita di pedalaman yang belum mengenal huruf kerana sekolah terlalu jauh daripada kampung; sehingga mereka tercicir daripada persekolahan. Bertuahnya anak-anak PATI ini kerana dapat menghirup udara segar sabah sedangkan mereka (anak-anak PATI) yang tidak layak menjejakkan kaki ke Negara ini. Siapakah yang menghalalkan mereka tinggal dan membesar di Sabah?

MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, apakah pintu Imigresen kita ampuh untuk mengekang kemasukan berleluasa PATI terutama di Tawau, Sandakan, Kudat dan Sipitang?

BUMBURING: Pintu Imigresen kita yang bolos memudahkan PATI memasuki negeri Sabah tanpa sebarang masalah kerana kebanyakan Tekong Darat dan Tekong Laut terdiri daripada PATI yang telah mendapat kerakyatan tulen Sabah, namun masih berkiblat ke negara asal mereka demi memperjuangkan nasionalisme mereka.

Kita ambil contoh, dua orang PATI Filipina iaitu Komander Robot (Galib Andang) dan Mujib Susukan merupakan dua pelarian perang yang pernah ditahan di Kem Askar Di Segangan, Lahad Datu. Robot dan Mujib kemudiannya diberikan Pas Lawatan IMM22 yang membolehkan mereka bekerja dengan Pegawai Imigresen Lahad Datu, Michael Wong @ Zulkarnain sebagai penjaga ayam sabung. Selepas Zulkarnain meninggal dunia, Robot dan Mujib ke Kota Kinabalu menjadi penjual ikan di Pasar Ikan Kota Kinabalu dan pemandu bas mini setelah berjaya mendapat kad pengenalan projek daripada Kerajaan Berjaya. Robot dan Mujib mengetuai penculikan di Pulau Sipadan dan Pandanan, Semporna pada April 2000. Kini terdapat ratusan ribu mereka yang telah memperoleh kerakyatan Malaysia tetapi berkiblatkan Filipina dan meneruskan tuntutan politik ke atas Sabah.

MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah jalan untuk membatalkan MyKad atau MyPR yang telah dianugerahkan kepada PATI ini sedangkan mereka telah menjadi pemilih berdaftar dan ahli parti yang merupakan penyokong tegar BN. Tidakkah akan membahayakan kuasa politik BN kelak?

BUMBURING: Saduran surat ini (sambil mengunjukkan sekeping surat saduran) daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang menyenaraikan 16,693 kad pengenalan yang TIDAK DIIKHTIRAF, cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan boleh melakukan pembatalan jika mereka mahu menghapuskan kad pengenalan projek, namun jawapannya ada pada Menteri Dalam Negeri dan Kabinet Malaysia. Tindakan ini akan memberi kesan kegelinciran pengaruh BN, namun akan pulih dalam masa yang singkat.

MUTALIB M.D: Ada apa-apa lagi yang Datuk Seri ingin suarakan?

BUMBURING: Hak dan peluang yang saksama haruslah diberikan kepada saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) agar dapat memainkan peranan penting memperkasa perjuangan dan memantapkan perpaduan di kalangan rakyat Sabah melalui daya juang dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berwibawa, pragmatik dan praktikal kerana prihatin terhadap MASA HADAPAN dan SURVIVAL rakyat Sabah yang TERABAI dan TERPINGGIR dari segi hak dan kedaulatan ibu pertiwi selama ini.

Namun apapun yang kita usahakan atau lakukan untuk membasmi Gejala PATI dan kesannya, tidak akan menghasilkan kejayaan sekiranya tidak ada ‘Political Will’ yang merupakan kemuncak segala tindakan.

Wawasan Itu Penting Berbanding Matlamat Kerana Matlamat Adalah Suatu Tempoh Yang Pendek Sedangkan Wawasan Adalah Suatu Tempoh Yang Panjang.

MUTALIB M.D: Jika benar Datuk Seri ingin menyelesaikan isu ini secara tuntas, kenapa tidak heret Menteri Dalam Negeri Ke mahkamah untuk mendapat keadilan undang-undang?

BUMBURING: Buat masa ini belum ada pihak yang bercadang untuk melakukan tindakan drastik berkenaan kerana yakin isu ini dapat diselesaikan secara legislatif, administratif dan diplomatik. Jika semua menemui jalan buntu, mungkin ada pihak yang sudah merancang untuk mengheret Menteri Dalam Negeri ke mahkamah; tetapi buat sementara waktu, saya yakin Menteri Dalam Negeri ada kaedah penyelesaian terbaik. Kita Cuma perlu berikan masa kepada beliau untuk meneliti isu ini secara saksama.

MUTALIB M.D: Akhir sekali apa harapan Datuk Seri melalui Memorandum yang telah disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri?

BUMBURING: Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri atau Kabinet Malaysia dapat mempertimbangkan dan meluluskan memorandum ini demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan Sabah daripada Gejala Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat ‘Suaka Politik’ setelah memperoleh Kad Pengenalan Projek di luar lunas Perlembagaan Persekutuan. Memorandum ini merupakan ‘Amanah Rakyat Sabah’ kepada saya untuk disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan agar isu PATI yang memiliki dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah akan dapat diselesaikan secara bijaksana dan penuh komited. Terima Kasih!

Sunday, January 30, 2011

Perjanjian 20 Perkara

‘Perjanjian 20 Perkara’ syarat pembentukan Malaysia di perenggan akhir sebagai
berikut :
  • “Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara (Sabah). Begitu juga Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara (Sabah)”.
"Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
  • The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo."... See More
Oleh kerana ramai yang tidak mengetahui kandungan 20 perkara syarat kemasukan sabah ini, saya senaraikan kandungan 20 perkara tersebut untuk tatapan sahabat2 :

1. AGAMA : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

2. BAHASA :
  1. Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
  2. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
  3. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.
3. PERLEMBAGAAN : Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN : Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN : “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

6. IMIGRASI : Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

7. HAK MENARIK DIRI : Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

8. Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH : Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN : Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
  1. Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
  2. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
  3. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.
11. CUKAI DAN KEWANGAN : Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI : Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :
  1. Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
  2. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.
14. JANGKAMASA PERALIHAN : Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

15. PELAJARAN : Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN : Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

18. NAMA KETUA NEGERI : Yang Di Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI : Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN : Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.

Dengan kata lain, tanah dan hutan Sabah adalah hak mutlak peribumi Sabah. Justeru, mengapa taukey- taukey yang berselindung disebalik pelbagai nama seperti FELCRA, MESEJ, SDTME, BSSB dan sebagainya dengan begitu mudah merompak dan merampas Tanah Adat milik puluhan ribu Pribumi yang telah menerokanya sejak nenek moyang mereka lagi atau sejak ratusan tahun yang lalu? Jawapannya adalah, siapa yang menduduki takhta Jabatan Tanah Sabah?
 
Sumber : Negara Kita
               Wikipedia

SABAH NEGERI TERKAYA JIKA TIADA PATI?

RAJIN... Sedangkan orang Utan mampu menyara kehidupan mereka, apatah lagi orang yang sebenar?
Oleh: MUTALIB M.D
SEPANJANG minggu ini, saya banyak menerima email pro dan kontra daripada rakyat Sabah berhubung isu kemiskinan dan Bank Dunia yang ‘memiskinkan Sabah’ sebagai ulasan kepada artikel saya bertajuk ‘Sambut Aidil Adha Dalam Kemiskinan’ yang disiarkan pada 17 November 2010.

Saya membuat keputusan tidak akan menjawab semua email berkenaan tetapi akan merumuskan jawapan dalam artikel ini yang pada pandangan saya suatu fakta yang tidak dapat ditolak dengan akal bahawa tanpa PATI yang direkrut Kerajaan Persekutuan, Sabah adalah negeri yang terkaya di Malaysia.
Hakikatnya, pada 1970, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah didakwa adalah negeri yang paling miskin di Malaysia kerana perkapitanya paling rendah berbanding kos hidup yang terlalu tinggi.
Setelah tiga dasawarsa, pada 2,000, tahap kemiskinan Sabah pada tahap 16 peratus dan merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia kerana tiga kali purata nasional yang disumbangkan oleh kadar pengangguran Sabah tertinggi di Malaysia iaitu pada tahap 5.6 peratus dan hampir dua kali ganda purata pengangguran nasional (3.1 peratus).

Kini, 2010, Bank Dunia dengan ‘lunaknya’ mendakwa bahawa Sabah negeri yang pada dasarnya adalah ‘Negara dalam Negara’ lebih miskin daripada Perlis dan terus memecah rekod ‘Guinness World of Book Record’ sebagai ‘negara’ yang termiskin di dunia?
Bank Dunia boleh berkata apa sahaja, tetapi sebagai rakyat Sabah yang ‘bermaruah’ harus membela nama baik negeri mereka dan mengajar Kerajaan Persekutuan tentang hak yang dinafikan selama ini; terutama agehan kekayaan yang tidak seimbang setelah tarafnya sebagai ‘Negara’ diturunkan sebagai ‘Negeri’ yang mendapat peruntukan sama ‘ciput’ dengan Perlis.
Status ‘Yang Di Pertuan Negara’ yang dijenamakan semula sebagai ‘Yang Di Pertua Negeri’ menunjukkan Sabah telah kehilangan status Negara dan terpaksa melutut kepada Kerajaan Persekutuan kerana semua hasil cukai disedut masuk ke akaun ‘Hasil Yang Disatukan’ dan hanya menerima sekitar 5% sahaja, sekadar nyawa-nyawa ikan untuk membangunkan negeri yang dimungkiri janji ‘Sabah Baru’ pada 1994.
Sabah yang telah kehilangan hasil negeri akibat salah urus beberapa kerajaan negeri yang lalu, akhirnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan Persekutuan untuk membangunkan prasarana sekalipun hanya sedikit sahaja disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Sabah kerana sejumlah besar dibelanjakan oleh sebuah kementerian yang mempunyai kuasa autonomi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Namun kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicecah’ tidak berlaku dalam hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan yang masih curiga untuk membenarkan Sabah berdiri sebagai sebuah kuasa ‘autonomi’ sejajar menghormati Perjanjian 20 Perkara.
Setelah menjahanamkan politik Sabah dengan Projek X-Files ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’ dengan merekrut lebih 322,903 warga Filipina, Indonesia, India, Pakistan sebagai ‘Pengundi Untuk Disewa’ dan diberi kerakyatan Malaysia melalui jalan songsang; kini jumlah mereka sudah terlalu mendominasi demografi Sabah seramai lebih 1.7 juta mendatangkan ancaman yang besar kepada Sabah, bahkan Malaysia.
Walaupun terpaksa berjuang secara berseorangan dan menerima kutukan pelbagai pihak, termasuk rakyat ‘tempatang’ yang ‘menjual’ agama mereka untuk menghalalkan saudara seagama daripada Indonesia, Filipina, Pakistan dan India; digertak dengan lebih 40 laporan polis serta ancaman untuk melucutkan keahlian saya sebagai ahli UMNO seumur hidup, namun saya percaya lebih sejuta rakyat tulen Sabah menyokong perjuangan saya, sekalipun tidak pernah menderma satu sen dibelah tujuh untuk membangunkan laman web www.sabahkini.net yang menjadi wadah perjuangan saya selama ini.
Sewajarnya Sabah yang merupakan ‘negeri’ kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi kaya dengan sumber alam semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut.
Namun kini tidak sampai 40 peratus tanah Sabah diliputi dengan hutan rimba kerana telah dibalak secara tidak terkawal di era Kerajaan USNO, Berjaya dan PBS dan sebahagian besar diteroka sebagai kawasan pertanian, termasuk Benta Wawasan menyebabkan Sabah kehilangan sejumlah besar hasil negeri kerana dasar mengurangkan kegiatan pembalakan dan proses penghutanan semula.
Ahli Sejarah dan Ahli Sosiologi terhandal di dunia sekalipun tidak dapat menyelesaikan misteri pertambahan penduduk Sabah kerana sejak 1963, populasi di Sarawak hanya meningkat sekaliganda, begitu juga di Semenanjung Malaysia.

Namun populasi di Sabah pula, meningkat secara mendadak iaitu dari 450,000 orang pada tahun 1963 kepada 3.28 juta orang pada tahun 2010 iaitu 5 kali ganda.
Sabah yang kini memperolehi pendapatan perkapita RM9,536 berada di bawah standard nasional. Namun dengan Pelancaran Model Economi Baru (NEM) boleh dipercayai boleh melonjakkan Sabah ke tahap yang lebih baik dengan Keluaran Negara Kasar (GDP) Sabah dijangkakan RM12,583, walaupun sekarang berada di tempat ke-13.

Saya agak sedih kerana Sarawak yang sebelum ini terketinggalan jauh di belakang ekonomi Sabah meninggalkan Sabah begitu jauh dengan KDNK sejumlah RM29,175 iaitu 2.5 kali ganda daripada Sabah dan berada di tempat ke-3.

Bagi memulihkan ekonomi Sabah dan mencapai tahap status Negara maju, Sabah perlu mencapai KDNK sebanyak RM57,135 dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 10 peratus setahun.
Mengikut bancian 2010, penduduk Sabah kini seramai 3,271,921 dan 836,626 daripadanya adalah PATI!
Namun bancian tersebut gagal mengesan lebih daripada satu juta PATI yang mendapat suaka politik di dalam UMNO, di bekas perkampungan pelarian yang diwujudkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bersembunyi di estet perladangan kelapa sawit milik GLC seperti FELDA, FELCRA, LKTNS dan syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur seperti Kwantas, IOI, TSH dan sebagainya.
Memang agak sukar untuk mengakui bahawa masih ada rakyat tempatan miskin melainkan beberapa ratus orang yang menjadi mangsa diskriminasi kaum seperti Rungus di luar bandar yang langsung diabaikan kerana faktor lokaliti dan kecuaian Adun yang mewakili mereka.
Agak sukar untuk mencari orang susah kerana bancian yang dilakukan Pejabat Daerah lebih memihak kepada data palsu untuk kepentingan JKKK dan Ketua Kampung yang menyenaraikan suku sakat dan saudara mara mereka sebagai miskin kerana sukar mencari orang miskin di Sabah melainkan PATI yang mempunyai ‘IC Burung-Burung’.

Sedangkan ramai PATI yang tidak mempunyai dokumen tetapi rajin berusaha boleh mendapat antara RM200 hingga RM500 sehari daripada kegiatan menjual rokok haram, menyeludup barang dan mengedar syabu; sekalipun sentiasa diserbu pihak berkuasa. Bukan niat saya menggalakkan penularan jenayah, tetapi menunjukkan pelbagai peluang terbuka luas di Sabah, hatta menjual makanan di pasar malam.
Peniaga pasar malam di seluruh Sabah dikuasai oleh PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang dan ada juga yang tidak mempunyai dokumen tetapi sanggup menyewa daripada penduduk tempatan.

Namun tidak kurang juga PATI yang dijinakkan UMNO dan bersikap seperti ‘ayam karan’ dan hanya mengharapkan makanan yang ditabur pemimpin UMNO. Mereka inilah yang menjadi parasit dan memalukan Sabah dengan kemiskinan yang berganda kerana malas bekerja dan hanya mengharapkan ehsan wakil rakyat dan pemimpin politik yang menjadikan mereka ‘Fixed Deposit’.
Semalas-malas penduduk Pulau Jampiras, Sandakan yang diasingkan dan ‘dilatih sebagai mesin pembunuh’ mampu memiliki pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan daripada kegiatan mereka dalam perniagaan ‘Tukar Barang’ yang penuh konspirasi.
Peluang yang terbuka di Sabah menarik lebih 1.7 juta PATI lalu bagaimanakah kita mahu mendakwa Sabah negeri miskin di Malaysia?

Para pemimpin Sabah harus bangun dan berani untuk berkata tidak kepada PATI yang menjadi liabiliti dan menyingkirkan mereka daripada bumi ini kerana jika tidak dikawal, mereka akan kehilangan pengaruh kerana kesetiaan pemegang kad pengenalan projek ini masih kepada Negara asal mereka sekalipun mula mahir menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sebagaimana Namawee menyanyikan lagu Negaraku dalam versinya sendiri!

Sumber  :  Sabahkini.net

Lebih 1.5Juta PATI sudah mendapat Kad Pengenalan di Sabah?

Saudara Pengarang,
WALAUPUN Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) mengemukakan alasan kukuh (melalui apa yang saya baca dalam Sabahkini.net) namun adalah mustahil bagi Kerajaan Malaysia mengulangi tindakan drastik yang dibuat Jabatan Pendaftaran Negara apabila menarik balik semua kad pengenalan yang dikeluarkan kepada 16,693 orang pada 1996, namun jumlah PATI yang mendapat kad pengenalan Malaysia melalui JPN Sabah kini sudah mencecah lebih 1.5 juta orang?
Bukankah nanti akan mencetuskan huru-hara kerana majoriti mereka menjadi ‘Fixed Deposit’ dalam UMNO dan BN dan ketika itu di manakah kedudukan kita sebagai ‘Anak Jati Sabah’ kerana jumlah kita tidak sampai 800,000 orang daripada 3.4 juta penduduk Sabah?

Mengharapkan Polis dan Pasukan Keselamatan? Ramai anak PATI yang mendapat kad pengenalan ini sudah menjawat jawatan tinggi dalam Polis, Tentera, Rela, APMM dan sebagainya; apatah lagi polis Sabah tidak sampai 20,000 orang.
Saya bimbang, mungkin kita terpaksa ‘HALALKAN’ sahaja PATI ini kerana kita tidak ada cara untuk membasmi mereka sehingga ke akar umbi disebabkan Kerajaan BN tidak mempunyai ‘Political Will’ untuk membasmi mereka, sebaliknya semakin menyuburkan mereka sehingga ada yang sudah menjadi Adun.
Cukup hebat rakyat Sabah berjuang selama ini untuk mengatasi masalah yang sudah berlarutan selama tiga dekad, namun tidak menampakkan sebarang hasil kerana seolah-olah pihak berkuasa buta sekalipun Mutalib M.D telah menghasilkan begitu banyak buku yang membongkar isu PATI, namun mereka terus diberi suaka politik.
Untuk membatalkan semua kad pengenalan yang dikeluarkan adalah mimpi dalam mimpi kerana tidak mungkin kerajaan BN menggigit jari mereka yang memangkah BN dalam setiap pilihanraya sehingga BN semakin kukuh di Sabah.
Sedangkan desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja pun dipandang sepi oleh Kerajaan BN dan Kabinet Negeri Sabah dan tidak ada Ahli Parlimen BN yang berani membawa isu penubuhan dan menjayakan usul Penubuhan Suruhanjaya Di Raja. Hanya salakan kosong daripada pembangkang yang hanya sekali sekala disiarkan akhbar, secara ala kadar.
Jadi saya melihat perjuangan Bumburing adalah perjuangan sia-sia kerana beliau ibarat membakar jambatan sedangkan beliau juga memerlukan undi PATI untuk memenangi Parlimen Tuaran pada pilihanraya umum akan datang.
Sebagai anak jati Sabah, saya juga malu kerana terpaksa membiarkan PATI menjadi rakyat Malaysia dengan menggunakan JPN Sabah, namun apa daya saya kerana saya hanya ada satu undi!
Dalam keadaan terpaksa saya tidak mempunyai pilihan selain akur kepada senario politik masa kini dan terus kekal di dalam UMNO kerana pembangkang tidak mungkin berjaya menumbangkan BN selagi isu PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang ini dilindungi pihak berkuasa.
Salam Hormat,

(NOTA: Azizul ialah Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna yang selama ini menentang dasar BN yang mengutamakan PATI namun terpaksa kekal di dalam UMNO untuk memeranginya daripada dalam)

PATI SABAH… Oh Stesen TV Malaysia… (bila lah mau berhenti tipu orang?)

Kalau di Sabah, PTI bukanlah sesuatu yang pelik dan bukanlah sesuatu yang asing bagi kami. Kalau dilihat di media massa mereka dilihat seperti sekelompok manusia yang mengganggu kehidupan dan menyusahkan. Sebenarnya, ada beberapa kebaikan dan ada beberapa keburukan tentang PTI. 
Perkara yang menjadi kebaikan (dari kacamata anggota polis yang tidak bertanggungjawab, bukan semua ya!) PTI merupakan sesuatu yang baik pada mereka kerana, mereka ini adalah kelompok yang tidak akan berselindung dalam pemberian wang kopi apabila kantoi  checking. Mereka akan menyogok anggota polis yang berpendapatan rendah dan secara tidak langsung ia menjadi satu kebiasaan kepada anggota anggota polis ini untuk menerima wang saku ini. Biasanya keadaan ini berlaku di checkpoint. Salah satu contoh, checkpoint Sandakan bt 32. Di sini satu masa dahulu terdapat checkpoint yang akan memeriksa kenderaan awam seperti Bas Ekspress. Semua penumpang akan diperiksa, bagi mereka yang memegang Pasport hijau… akan diminta turun dan rundingan akan berlaku. Entah la.. apa yang dirundingkan..
Kedua, kebaikan mereka ini adalah mereka akan bekerja dengan nilai upah yang rendah. Maka, pemilik ladang yang inginkan harga buruh yang murah akan mengambil mereka bekerja. Dan keadaan ini adalah gambaran, betapa masyarakat kita bukan lah masyarakat yang rajin. 
Terdapat 2 kebaikan yang saya lahirkan dari kacamata mereka yang tidak bertanggungjawab.
Apabila isu PATI atau lebih dikenali PTI ini berada di kaca televisyen, saya merasa ia hanya WAYANG yang sebenarnya tiada apa yang berlaku disini. Penambahan checkpoint? Itu adalah sesuatu yang lucu dan untuk apakah checkpoint diwujudkan di saat TV telah menyatakan usaha penghantaran PATI ke tanah air sedang rancak dijalankan? Secara automatik… tiada PATI akan keluar. AYOYOYO… Main wayang lagi..
Selain itu, Sudah pun wujud perkampungan yang dikenali ramai. Ia berada di antara Daerah Kinabatangan dan Lahad Datu yang merupakan daerah Bung Mohktar dan juga P188 YB Salleh Kalbi. Kampung ini dinamakan sebagai kampung PARIS atau bermaksud Persatuan Anak Republikan Indonesia Sabah jadiah PARIS. Kewujudan mereka di kampung ini, sebahagian besar memiliki MyKad… namun MyKad mereka ini diragui kesahihannya.. 
Kenapa perlu wujudkan checkpoint dalam masa yang sama terdapat sudah perkampungan pendatang tanpa izin? Perkampungan ini sudah wujud berpuluh tahun. Entah berapa generasi sudah lahir dari masyarakat ini. Dan… sebahagian besar dari 750,000 pemilik MyKad palsu kemungkinan besar berada disini. 
atau… mereka ini lah yang dipelihara oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi menyelamatkan kuasa politik mereka di Sabah.
 
Sumber - IRWAN IDRIS

Saturday, January 29, 2011

Sejarah Sebenar Politik Sabah

Aprilfool Malaya
http://knightadventure.blogspot.com/2009/04/aprilfool-malaya.html
Hadiah dari Haji Julaihi Haji Suut






Cerita kita hari ini: Malaya kantoi. Malaya tipu Borneo. Malaya putar-belit sejarah. Malaya berhutang dengan Borneo. Sasaran cerita ini: Orang Borneo mesti copy-paste dan emailkan kepada sekalian rakyat jelata Malaysia. Tujuan cerita ini: Pembetulan sejarah Malaysia.



Pakcik diberi keutamaan oleh The Four Horsemen dari kepulauan Borneo untuk membentangkan kertas kerja berkenaan penubuhan Malaysia tahun 1963 dan perkara-perkara bersabit 1963. Ulasan pakcik hari ini banyak berdasarkan fakta-fakta sejarah yang dipetik dari pelbagai sumber yang dipercayai, termasuk transkrip orang Inggeris di Parlimen British. The Four Horsemen menamakan kertas kerja hari ini ‘Aprilfool Malaya’.


Projek APRILFOOL MALAYA (tugasan):
  1. The Debate On The Malaysia Bill In The British Parliament 19th July 1963, (Kajian Sarah J. Brooke)
  2. How Sarawak was conned into the Formation Of Malaysia: Dr Ooi Keat Gin (Kajian James anak Bond)
  3. Separate but equal by N Shashi Kala and Ooi Ying Nee; Things fall apart By Sim Kwang Yang (Kajian Devil’s Advocate)
  4. 20-Point Agreement by Wikipedia

Tugasan-tugasan di atas diserahkan untuk tindakan lanjut pakcik, maksudnya penulisan dan pembentangan dalam bahasa ibunda.

Sebut saja ‘sejarah’, pasti ada pembaca-pembaca yang mula hilang minat. Maklum saja lah manusia-manusia zaman plastik sekarang cenderung kepada sesuatu ala tema Maggie Mee ‘cepat dimasak sedap dimakan’. Minta maaf, pembentangan kertas kerja hari ini tidak dapat dipercepatkan. Tetapi kita mungkin boleh buat ia jadi sedap didengar.

Lantaran itu pakcik diberi peranan untuk bercerita. Dua sebab. Pertama, Bahasa Malaysia, atau singkatannya BM, senang difahami oleh setiap lapisan masyarakat, termasuk orang Penan. 100 peratus orang Malaysia boleh membaca BM, sedikit pengecualian diberi kepada orang Cina dan India. Masih ada segelintir mereka yang tidak pandai membaca bahasa kebangsaan, walaupun sudah lebih 40 tahun bermastutin di negara ini. Tertanya-tanya pakcik, adakah mereka-mereka ini sebetul-betulnya rakyat Malaysia. Barangkali bila bencana melanda baru kita boleh kesan mana satu Malaysia jati mana yang Malaysia setinggan.

Sebab keduanya pula ialah pakcik Julaihi pandai bercerita – demikian anggukkan datuk-nenek adik-kakak di rumah. Lantaran itu pakcik terpaksa – konon-kononnya terpaksa – membentangkan kertas kerja kita hari ini dengan gaya dan ragam yang sudah jadi resmi pakcik Julaihi, dilakukan demi mengekalkan minat pembaca. Dengan itu, penggunaan Bahasa Baku berakhir setakat ini. Hujah-hujah, dakwah atau dakyah yang seterusnya perlu diadunkan dengan bahasa Gila-Gila atau Din Beramboi.

Minta maaf, cerita kita hari ini ada sedikit mabuk… dari segi pengolahan bahasa. Hentam sana hentam sini, hentam atas belakang, kasi tangkap syok topik yang boring. Part-part lain kita tak mabuk. Waras sewaras-warasnya.


Kalau ada lumpur di ladang
Sepatu bergaya jangan ditayang
Kalau dah bersedia awang dan dayang
Satu Malaya kita kasi goyang








B.A.H.A.S.A & B.A.N.G.S.A
http://knightadventure.blogspot.com/2009/04/aprilfool-malaya.html
Komentari Haji Julaihi Haji Suut



Bahasa Malaysia
Siapa bilang Gadis Melayu tidak menarik, tidak memikat hati? Demikian dendangan Mawi dan Jamal Abdillah. Gadis Melayu memang cun giler. Dia punya lenggok boleh memukau pak Arab. Tetapi Gadis Melayu tak secantik Gadis Malaya. Ada lagi satu gadis idaman kalbu, tangga teratas dari Gadis Melayu dan Gadis Malaya. Kelahiran campuran Sabah dan Sarawak, nama sang puteri ialah Gadis Malaysia.

Siapa bilang Bahasa Melayu tidak menarik, tidak memikat hati? Demikian pertanyaan Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Hussein. Pakcik yang bilang! Pakcik kata Bahasa Melayu memang tak menarik langsung, tak ada kelas, tak sedap, tak ketat, tak nyaman. Ha, lagi engkau!

Sekejap bahasa pengantaraan jadi Bahasa Baku, kejap jadi Bahasa Malaysia, kejap jadi Bahasa Melayu, kejap jadi Bahasa Malaya aper ntah. Lepas tu dia banyak versi. Ada bahasa Kolumpo, ada bahasa Putrajaya, ada bahasa filem cetak rompak. Ada pulak istilah-istilah bahasa Indonesia di-bilang-kan dan di-bisa-kan dalam bahasa Malaysia. Tapi pandai pulak diaorang reject ‘membutuhkan’.

Tapi pakcik tak mahu lagi dah berjuang, berbilang, berbisa, atau berbutuh dalam belukar bahasa. Banyak kali dah pakcik tulis bab-bab ni. Pendirian Kementerian Pendidikan masih serupa orang mabuk, kejap ke hulu kejap ke hilir. Diaorang nak aper sebenarnya – bangsa ke bahasa? Kita orang Sabah dan Sarawak, penganut setia BM zaman-berzaman, jadi bengang bila bangsa Melayu sendiri buat murtad pada bahasa dia. Tau tak per.

Kalau ikut-ikut lah kan, kalau digunapakai 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point Agreement (Sarawak) semasa penubuhan Persekutuan Malaysia 16 September, 1963, bahasa rasmi Sabah dan Sarawak ialah Bahasa Inggeris.


POINT 2: “Malay should be the national language of the Federation. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.”


Habis tu siapa yang pandai-pandai gantikan English dengan BM di sekolah-sekolah kerajaan di Sabah dan Sarawak? Malaya yang buat, bermula tahun 1979 kalau tak silap pakcik. Lepas tu bila Sabah dan Sarawak dengan sukarela menerima subjek BM dalam bilik darjah, bila ibubapa-ibubapa sanggup berbelanja untuk beli buku sekolah buat anak-anak, Malaya pulak buat macam-macam pada Bahasa Malaysia setiap kali tukar menteri pendidikan – 1983, 1987, 2006, kalau tak silap pakcik.


POINT 15: “The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control.”


Orang Borneo masa tu semua pandai English. Ayahanda pakcik sempat buat Master lagi kat Eropah. Tapi Borneo baik hati pada Malaya. Borneo anggap BM sebagai satu cara Malaysia boleh buat satu identiti, dan Borneo pun melupakan identiti mereka demi identiti nasional. Demi Malaysia kita orang Borneo sanggup berkorban. Demi negara!

Bila Borneo sudi menerima pendidikan Malaya, jangan lah pulak orang Malaya haru-birukan bahasa kita seMalaysia. Cukup lah tu. Sains dan Matematik bukan orang Melayu yang buat. Kalau molek matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, apa salah nyer? Isu-isu nasionalisma tu tak payah dimainkan. Inggeris ker, Arab ker, Cina ker… tak hilang Malaysia kita, tak rugi apa pun kita.

Atau Melayu yang rugi? Begitu ye? Sound lah awal-awal. Cover line di sini ialah bahasa ialah demi bangsa dan bukan integrasi nasional, identiti negara. Begitu ye? BM kena diubahsuai supaya pelajar Malaya senang pandai, pelajar Borneo lambat nak pandai. Begitu ye? Kalau itu perjuangan Malaya, Borneo kena tarik diri.

Untuk tidak terus pening kepala memikirkan isu BM ni dan tanpa perlu menunggu buku teks sekolah diubahsuai sekali lagi, pakcik dan angkatan The Four Horsemen, bermula dari hari ini, saat ini, mengiktiraf hanya satu jenis BM di Malaysia iaitu Bahasa Baku. Lain-lain BM selain daripada Bahasa Baku adalah tidak sah, tidak berguna dan kurang-Malaysia lebih-Melayu. Lain-lain BM, seperti bahasa yang pakcik gunakan di sini dianggap bahasa mabuk atau bahasa bohsia atau bahasa blog. Itu pendirian kita.




Agama Islam
Sama kes dengan Bahasa Melayu, agama Islam bukan agama rasmi di kepulauan Borneo. Demikian peruntukan 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point Agreement (Sarawak).


POINT 1: “While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.”


Tak payah diulas dengan panjang lebar, nanti ada pihak yang terlebih akal. Hakikatnya ialah Islam atau Kristian atau Hindu atau Buddha, termasuk animisma, adalah OPTIONAL ITEM di Sabah dan Sarawak. Silakan memilih, tapi jangan dipaksa. Jangan gunakan peruntukan undang-undang Islam Malaya ke atas aspek keagamaan di Sabah dan Sarawak. Tunku Abdul Rahman saksi perjanjian kita.






S.E.B.E.L.U.M M.E.R.D.E.K.A
http://knightadventure.blogspot.com/2009/04/aprilfool-malaya.html
Komentari Haji Julaihi Haji Suut



Kelahiran Malaysia
“Tanggal 31, bulan lapan, lima puluh tujuh…” Demikian nyanyian allahyarham Sudirman Haji Arshad. Ada pulak seorang lagi artis Malaya buat lagu kemerdekaan Malaysia. “Saya anak Malaysia… sembilan belas lima puluh tujuh, bulan lapan aku dilahirkan…."

Pesanan pakcik buat mamat-mamat yang sekolah tak cukup: “Engkorang anak Malaya sebenarnya, bukan anak Malaysia.”


Buat orang-orang Malaysia yang sebetul-betulnya Malaysia, ingat ini baik-baik. Ingat sampai ke anak-cucu. Tak kira apa kata orang Malaya, tak kira apa diaorang tulis dalam buku sejarah sekolah tadika sekalipun, sebetul-betulnya perkara ialah Malaysia merdeka tanggal 16 bulan sembilan tahun 1963. Satu dunia tahu. Komunis-komunis pun tahu.

Ingat, nama MALAYSIA hanya bertapak dengan rasminya pada tahun 1963, bukan 1957 seperti yang digila-gilakan orang Malaya. Borneo hanya bersetuju untuk meraikan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos. Haribulan sahaja, bukan tahun. Rancangan asal ialah Malaysia merdeka 31 Ogos, 1963. Tetapi disebabkan beberapa masalah semasa pembentukkan Malaysia ketika itu, Malaysia akhirnya berjaya ditubuhkan pada 16 September, 1963. Secara dasarnya 31 Ogos; secara praktikalnya 16 September.



Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963: “During September, 1962, the legislative assemblies of (Sabah) and Sarawak adopted resolutions unanimously welcoming in principle the decision to establish Malaysia by 31st August this year (1963).”

Arkib Negara dan www.heritage .gov.my: “Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan resminya (*rasminya) di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963.”




Malaya masuk Malaysia
Ingat lagi satu perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak tidak MASUK Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah dua bahagian daripada empat bahagian, termasuk Malaya dan Singapura, yang membentukkan satu negara bernama Malaysia. Sebenarnya lima bahagian kalau dikira Brunei sekali. Tapi Brunei masa tu tak nak bercantum dengan kitaorang.

Perlu rasanya pakcik menerangkan lebih lanjut kes masuk-masuk ni. Persekutuan atau dalam bahasa Inggeris ‘Federation’, bermaksud dua kerajaan, atau lebih, bergabung untuk membentuk satu negara… tetapi sempadan masing-masing tidak terusik. Sama macam empat buah rumah buat satu kampung kecil. Kita sekampung dalam Malaysia, tetapi sempadan rumah aku, sempadan rumah engkau dan apa kita buat dalam rumah kita… masing-masing punya hak. Isteri aku engkau jangan usik. Anak perempuan aku kalau engkau nak, engkau masuk meminang. Pokok durian aku dan ayam ternakan aku kalau engkau nak, aku boleh sedekahkan. Jangan jadi kurang hajar macam UMNO di Sabah.

Kalau dilihat dari sudut kritis dan sinis, sebenarnya Sabah dan Sarawak yang buat Malaysia. Maka sebetul-betulnya kata, Malaya yang masuk Malaysia. Kalau Malaya tak sedap hati dengan pendapat pakcik ni, apa kata kita satu Malaysia ubah mentaliti kita. Mulai hari ini jangan lagi ada bisikan-bisikan ‘Sabah dan Sarawak masuk Malaysia’. Selepas ini kalau ada stesen TV, suratkhabar atau majalah yang kata Sabah Sarawak Masuk Malaysia… kita saman dia.




Kampung Malaysia
Sebelum Malaysia, kerajaan-kerajaan manusia bersiong sekitar Gunung Ledang, kampung-kampung pelarian Siam persisiran laut Terengganu, mukim-mukim lanun bersara sepanjang Selat Tebrau, kongsi-kongsi lombong dan estat-estat kuli getah sekitar Lembah Klang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sehingga 1963. Bukan Malaya yang buat Malaysia. Kerajaan British yang tentukan nasib jadi ke tak jadi Malaysia.


Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963. The Under-Secretary of State for the Colonies (Mr. Nigel Fisher): “May I say that the leaders of the countries, which are to unite on 31st August, have shown a very high level of statesmanship throughout the past two years, and I am persuaded that they will continue to do so. We in this House certainly—I know that in this respect I speak for the whole House—wish them well in their task of creating this new independent nation in the Commonwealth, and I am quite confident that hon. Members will give the Federation a good start by giving this Bill an unopposed passage through the House of Commons today.”

(Mr. R. W. Sorensen): “I support the Bill because I believe that, on the whole, the majority of the people in the four territories of Singapore, Malaya, Sarawak and (Sabah) want Federation, if not with enthusiasm at least with what I may call prudent wisdom.”

Mr. A. G. Bottomley of Middlesbrough, East: “We are not only having an extension of Malaya. We are, in fact, creating a new (country Malaysia) … the other Commonwealth Governments have been consulted and that they will cordially welcome the new (country Malaysia) into the Commonwealth.”




Malaya merayu pada Borneo
Ingat satu lagi perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Malaya yang beriya-iya memujuk Sabah dan Sarawak untuk buat satu negara dengan Malaya dan Singapura. Borneo endah tak endah, mahu tak mahu, jadi tak jadi, selamba jer. Sabah dan Sarawak masa tu ada pilihan. Sama macam Brunei ada pilihan. Dia nak ke tak nak buat negara dengan Malaya, tak boleh paksa.

Malaya kowtim, bagi makan best-best, urut-urut, bawa round kampung wakil-wakil Borneo yang dijemput melawat Semenanjung Tanah Melayu. Minah-minah kabaret pun masuk menu kot. Tetapi Borneo masih tak suka MELAYU RAYA. Borneo pilih MALAYSIA. Ha! Dengar tu. Sabah dan Sarawak yang pilih nama Malaysia. Itu pasal nama Malaysia ada sehingga ke hari ini.


POINT 5: “Malaysia” but not “Melayu Raya”


Sabah dan Sarawak juga yang tentukan rupa bentuk bendera Malaysia. Kalau diikutkan pilihan Malaya, bendera Malaysia ada lambang keris bersilang dikelilingi bintang pecah lima. Engkorang ni tak habis-habis dengan Keris, serupa Iban Sarawak tak habis-habis dengan terabai.




Borneo bela Melayu

Ingat satu lagi perkara. Perkara paling penting. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak menyelamatkan keris-bersilang-bintang-pecah-lima di Malaya, sehingga hari ini Malaya masih ada raja-raja. Sehingga Melayu boleh membesar sebagai johan dan bertaktha sebagai UMNO. Jasa Sabah dan Sarawak sangat besar kepada Melayu. Sabah dan Sarawak bela nasib Melayu dari hari pertama Malaysia ditubuhkan dan dibutuhkan.

Sebelum ada Malaysia, Singapura dah dua kali cadangkan Malaya dan Singapura bergabung buat satu negara – pertengahan 50an dan 1959. Tapi Melayu di Malaya takut. Melayu takut! Sebut sekali lagi, Melayu takut! Takut bukan apa. Cina Singapura campur Cina Malaya, tenggelam Melayu.

Menurut bancian 1960 di Malaya: Melayu 3.460 juta; Cina 2.552 juta; India 700 ribu. Bancian di Singapura pula: Melayu 232 ribu; Cina 1.253 juta; India 140 ribu. Malaya campur Singapura: Melayu 3.6 juta, Cina 3.8 juta. Cina masa itu memang dah kaya raya, ada kekuatan tentera Chin Peng pulak tu. Maksudnya, tuan-tuan dan puan-puan, kalau Singapura dan Malaya buat satu negara, Malaysia hari ini adalah negara Cina. Islam akan dikulupkan dibawah pengaruh komunis.


Dr Ooi Keat Gin, pakar sejarah Asia Tenggara: “Why Malaysia? The initiative apparently came from the wishes of Singapore’s leaders. David Marshall, Chief Minister of Singapore during the mid-1950s, was keen for a merger but the Tunku then was reluctant. Then in 1959, when Lee Kuan Yew of the People’s Action Party assumed the chief ministership, he too proposed a Malaya-Singapore merger for economic and political reasons. The Tunku’s initial reaction was at best lukewarm. As the political Left in Singapore gained momentum, however, the Tunku began to warm up to Lee’s persuasive arguments of merger.

Although the Tunku and his Malay colleagues in the United Malay National Organisation (Umno) did not want to have a Left-leaning Singapore as their neighbour, neither did they wish for a merger with Chinese-dominated Singapore that would mean upsetting the racial arithmetic in favour of the Chinese.

The Borneo territories then became imperative components in the wider federation scheme. Nearly 70% of the nearly 1.3 million inhabitants (1960 census) of Sabah, Brunei and Sarawak comprised Malay-Muslims and non-Muslim indigenous peoples, the Borneo territories were viewed favourably as a counterweight to Singapore’s Chinese majority.”


Malaya hanya berani buat negara dengan Singapura kalau Borneo juga masuk sama. Dengan adanya Melayu-Muslim dan masyarakat pribumi yang ramai di Sabah dan Sarawak, pecahan penduduk Cina dan bukan-Cina di Malaysia jadi seimbang.


Dr Ooi Keat Gin: “This racial arithmetic, however, hinged on an assumption: “that in extreme racial issues the indigenous population of Borneo might choose to align themselves with the Malays (of Malaya), to whom they were racially akin, rather than to the Chinese”.”


Bila tahu Cina tak boleh dah pegang Malaya, Singapura keluar Malaysia 9 Ogos 1965. Sekaligus Melayu menjadi majoriti di Malaysia. Tetapi peranan Borneo dalam politik Malaysia kekal. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, orang Cina sudah jadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1969. Sila rujuk peristiwa berdarah 13 May.

Ha! Lagi Melayu nak sombong kat orang Borneo? Ha! Cetakkan cerita ini dan baling kat muka diaorang. Bagi UMNO baca puas-puas. Sedar diri tu sikit. Cakap kat dia, diaorang tu sebenarnya penakut. Dia jadi berani hanya bila Sabah dan Sarawak jadi geng dia. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, entah apa jadi dengan nasib Melayu.




Bumiputera kita
Kita tahu lah Malaya memang penakut, tapi apa yang Malaya phobia sangat dengan Borneo? Tak cukup dia nak meng-UMNO-kan satu Borneo, PAS Malaya ada pulak cita-cita nak meng-Islam-kan satu Malaysia. Respek lah sikit. Ingat janji kita tahun 1963. Ingat jangan tak ingat.

Malaya ada singaphobia ye? Takut Sabah dan Sarawak keluar Malaysia macam Singapura keluar Malaysia tahun 1965 ye? Malaya takut rugi tak ada minyak dan kayu balak ye? Malaya takut Cina kembali berkuasa ye? Malaya takut Tun Perak kena berlawan sorang-sorang dengan Siam ye? Malaya takut, kalau tiada Sabah dan Sarawak, Malaysia akan dilabelkan negara 100 peratus extremis Islam oleh kuasa barat ye?

Habis tu apasal pentingkan sangat isu-isu Melayu Malaya bila berurusan dengan hal ehwal Borneo? Seolah-olah Melayu itu satu komoditi yang boleh dilombong, ditebang, digerudi sehingga dapat memuntahkan jongkong-jongkong emas? Melayu dan Bumiputera Borneo sebenarnya sama perahu, sama nasib, sama impian, sama perjuangan, sama cap. Bumiputera Borneo pun setaraf Melayu Malaya juga tau? Baca 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point Agreement (Sarawak).


POINT 12: “In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo.”


Entah apa tafsiran engkorang tapi kefahaman pakcik tentang POINT 12 ialah hak-hak keistimewaan orang Melayu di Malaya dikongsi sama dengan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain daripada garisan halus yang memisahkan Melayu Malaya dan Bumiputera Borneo, pada dasarnya Bumiputera di serata Malaysia berkongsi nasib, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

Itu janji kita dulu. Itu sumpah kita walau sampai ke liang lahad. Borneo sudah membela nasib Melayu Malaya di zaman kegetiran 1960an, bersama-sama dengan Melayu Malaya menembak komunis-komunis di hutan Pahang, sehingga hari ini mereka membesar sebagai johan, bertaktha sebagai UMNO.

Giliran Melayu Malaya pula membela Borneo. Silakan…







S.E.L.E.P.A.S M.E.R.D.E.K.A
http://knightadventure.blogspot.com/2009/04/aprilfool-malaya.html
Komentari Haji Julaihi Haji Suut



Nyanyian pakcik Julaihi:
“Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia
1963, bulan sem-bilan aku dilahirkan
Disebuah negeri yang diberi nama
Ne-ge-ri Sa-ra-wak

Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia
Kata mereka kita satu negara
Kata mereka kita satu bangsa
Aku pergi sini dan aku pergi sana
Rupa-rupanya kita tak sama…”


Sim Kwang Yang, bekas MP Bandar Kuching, menulis keluhan beliau dalam thenutgraph.com pada 15 September 2008, “The long-standing question among Sabahans and Sarawakians has been this: Have the promises of Malaysian independence been fulfilled for the people of these two states, or have they been liberated from British colonial rule in 1963, only to become quasi-colonies of Kuala Lumpur?”

Keluhan-keluhan budak Sim ni bukan perkara baru. Sejurus selepas Singapura keluar Malaysia tahun 1965, Borneo sudah terasa perubahan sikap Malaya. Tanpa Singapura, dan selepas Cina dikalahkan pada 13 May 1969, Melayu Malaya jadi angkuh. Dan bila Bapa Kemerdekaan bertukar Bapak UMNO, muncul lah watak-watak dayus dan kulup seperti yang kita lihat sekarang. Mereka ini lah yang mengilhamkan ramai lagi watak-watak dayus dan kulup seperti Bung Mokhtar di Sabah dan Taib Mahmud di Sarawak. Maka semakin lah dayus dan kulup Iban-Iban PBDS… sekulup-kulupnya Temenggung Jugah.


The Cobbold Commission published its findings in Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak in August 1962: “It is a necessary condition that, from the outset, Malaysia should be regarded by all concerned as an association of partners, combining in the common interests to create a new nation but retaining their own individualities.

“If any idea were to take root that Malaysia would involve a ‘take-over’ of the Borneo territories by the Federation of Malaya and the submersion of the individualities of North Borneo and Sarawak, Malaysia would not, in my judgement, be generally acceptable or successful.”


Berjaya sudah Malaya mengelirukan Suruhanjaya Cobbold dan Borneo purba. Habis madu sepah dibuang. Selepas merdeka, Malaya menunjukkan warna sebenar Malaya. Malaya sudah lupa janji kita. Malaya sudah lupa sumpah kita. Seandainya syurga yang jadi saksi sumpah kita tahun 1963, alamat tak masuk syurga orang-orang Malaya. Dayus dan kulup.




Kekulupan Malaya
Tetapi apa yang Borneo dapat berkat penat-lelah, berani-mati, semangat setiakawan yang kita berikan dengan penuh komitmen dan dedikasi kepada Kerajaan Malaya? Borneo dulu ada pilihan selain dari Malaysia. Borneo boleh take-its-time macam Brunei. Ding dong-ding dong dalam jagaan British. Tapi Borneo pilih Malaysia. Borneo pilih untuk berkongsi minyak, kekayaan hasil semulajadi, aspirasi politik dengan Malaya. Borneo pilih untuk berkongsi nasib, duduk sama rendah berdiri sama tinggi, apa nak jadi jadilah, dengan Malaya.

Andaikata Cina-Cina Singapura melanggar Malaya masa itu, pakcik pasti angkatan pemburu kepala dari Kepulauan Borneo akan bangkit membantu Malaya. Borneo pilih Malaya sebagai saudara. Saudara sehidup semati.

Tetapi apa yang saudara kita di Malaya buat pada Borneo? Lihat lah wahai insan-insan di dunia apa balasan kita menyuap nasi, menyarung baju perisai, memberi keris kepada Malaya. Dia masih tak berani berlawan dengan Singapura sehingga ke hari ini. Tetapi dia berani menikam Borneo dari belakang. Saudara kita sendiri mencederakan kita. Saudara kita, ya Allah.




Kedayusan Malaya
Pakcik tak mahu bercakap dari kepala kosong. Tak pasal-pasal nanti orang KeAdilan kata pakcik dua kali lima Khairy Jamaluddin – tin kosong dari Oxford. Pakcik petik pendapat pakar undang-undang perlembagaan Dr Shad Saleem Faruqi. Kata beliau, Sabah dan Sarawak adalah dua rakan-kongsi yang penting dalam kompeni Malaysia, sebagaimana yang diwartakan dalam 20-Point Agreement. Borneo ada suara politik, kekuatan ekonomi dan hasil semulajadi yang tidak terdapat di mana-mana negeri di Malaya. Sabah dan Sarawak seharusnya diberi peranan besar dalam menentukan nasib negara.


Dr Shad: “But whether (Sabah and Sarawak) are afforded those special rights in the administration, that is the question.”


Jawapan pakcik kepada Dr Shad, nak pegang jawatan ketua setiausaha dalam pentadbiran awam pun tak pernah dapat. Bekas ketua menteri Sabah Bernard Dompok setuju 100 peratus dengan kenyataan ini. Sabah nak buat stesen TV dia sendiri pun tak boleh, dari awal 80an lagi memohon.

Diingatkan sekali lagi, secara dasarnya MALAYSIA 1963 mengilhamkan Sabah dan Sarawak sebagai dua daripada empat wilayah dalam Malaysia… disamping Malaya dan Singapura sebagai dua lagi wilayah. Maksudnya di sini, tuan-tuan dan puan-puan, Sabah atau Sarawak bukan salah satu daripada negeri-negeri dalam Malaysia. Borneo ialah kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran Malaysia sama seperti Wales kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran United Kingdom dan France Guinea dalam pentadbiran Perancis.

Kedah, N9, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur adalah 12 negeri-negeri dalam Malaya. Tawau, Sandakan, Sepitang, Kundasang, Kota Kinabalu dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sabah. Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sarawak. Chinatown-chinatown adalah negeri-negeri dalam Singapura. Pasal itu bila empat wilayah ini – Singapura, Sabah, Sarawak dan Malaya – bergabung, mereka membentuk negara Malaysia. Begitu sebenarnya konsep Malaysia, seperti yang termaktub dalam 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point Agreement (Sarawak).


POINT 17: “Representation in Federal Parliament. This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore.”


Borneo masa tu tak kenal pun Kelantan atau Pahang, apatah lagi Langkawi. POINT 17 sebenarnya mengiktiraf Sabah satu negeri, Sarawak satu negeri, Singapura satu negeri dan Malaya satu negeri. Empat negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Selangor, Johor, Pulau Pinang dan sebagainya adalah setakat daerah-daerah dalam negeri Malaya. Begitu kefahaman British semasa Malaysia dibentuk tahun 1963.

Kalau Malaya ada 20 MP dalam Federal dan Singapura ada 10 MP dalam Federal, Sabah mesti ada 20 MP, Sarawak mesti ada 20 MP. Bukan macam yang ada sekarang ni. Negeri sekurus-kurusnya Perlis pun ada MP ramai-ramai. Semua kuota MP Singapura Malaya dah ambik ye? Lepas tu dia bagi kat Permatang Pauh ye? Apasal tak bagi Sabah dan Sarawak?

Konsep Malaysia 46 tahun selepas Merdeka dah lari tune dah, sumbang, berat sebelah… dayus dan kulup. Itu lah balasan Borneo membela nasib Malaya.




Borneo vs Malaya
MALAYSIA 1963 adalah persekutuan 4 kerajaan – Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura. Singapura keluar persekutuan tahun 1965, tinggal Sabah, Sarawak dan Malaya dalam Malaysia: Sabah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan Malaya satu wilayah. Maka, sebetul-betulnya kata, sewaras-warasnya minda, sejitu-jitunya istilah, Sabah dan Sarawak campur adalah dua pertiga Malaysia; Malaya hanya satu pertiga Malaysia!

Dalam ertikata lain, 12 negeri-negeri Malaya bergabung masih tak setanding Sabah dan Sarawak sebagai dua wilayah. Seharusnya, kerja-kerja pembangunan sosio-politik, ekonomi, dan infrastuktur di Sabah dan Sarawak mesti dibuat lebih pesat daripada mana-mana satu, dua, empat atau 12 negeri-negeri di Malaya bergabung. Kalau Malaysia boleh upgrade-kan Negeri Perlis dari negeri-dunia-ketiga sehingga boleh jadi negeri-membangun dan sekarang negeri-maju, dunia Malaysia seharusnya boleh bangunkan Sabah atau Sarawak dengan usaha 12-kali-Perlis. Pasal Sabah atau Sarawak bukan negeri; ianya satu wilayah besar. Begitu maksud MALAYSIA 1963.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah kepentingan-kepentigan Sabah dan Sarawak diperlekehkan setiap kali – kecuali masa pilihanraya Parlimen. Pembangunan di Malaysia, samada budaya pop atau politik nusantara, hanya berlangsung disepanjang garisan tiga bangsa-bangsa di Malaya – Melayu, Cina dan India. Seolah-seolah dasar ekonomi baru tak pandang langsung rakyat Sabah dan Sarawak. Kalau ada pun, setakat tempias-tempias dasar pembangunan.

Seperti dakwaan Sim Kwang Yang – walaupun pakcik tidak begitu setuju –, Sabah dan Sarawak sangat mundur dari segi pembangunan sosio-ekonomi dibandingkan Malaya; antara negeri paling miskin di Malaysia, terletak di kedudukan sedikit atas dari Kelantan.

Trans-Borneo Highway yang menghubungi Sabah dan Sarawak bukan lebuhraya sebenarnya. Apa lebuhraya kalau setakat dua lorong? Banyak kali dah bas ekspres dengan bas ekspres bertembung di tengah-tengah jalan. Ya lah, kat Malaya pun ada kemalangan yang sama. Tapi itu berlaku kerana pemandu-pemandu Malaya semua lesen kowtim punya, lebuhraya 8-lorong pun bas boleh bertembung dengan lori. Lepas tu orang Malaya minta lagi jalan dibesarkan supaya tak kemalangan maut. Malaysia pun bagi lagi peruntukkan meluaskan jalan, kalau boleh satu kereta satu lorong.

Sabah dan Sarawak pam berjuta-juta duit ke dalam tabung Federal hasil keluaran gas asli dan petroleum. Borneo hormat syarat-syarat negara Federal. Maka Borneo pun berpuas hati dengan setakat 5 peratus; atau dalam perbandingan matematik kaki-lima Borneo bagi RM100 juta kepada Malaysia, Borneo simpan untuk bekal dia sendiri setakat 5 juta. Setiap tahun pulak tu. Kerajaan persekutuan Malaysia, melalui Petronas, mengagih-agihkan kekayaan pembangunan kepada negeri-negeri di Malaysia, termasuk Labuan. Yang pelik nya tu, hampir semua pembangunan bertumpu di Malaya sahaja, siap ada Twin Towers lagi diaorang. Dah Malaya banyak sangat duit, diaorang senang-senang jer buat by-election di sana-sini. Itu duit Borneo tu diaorang guna.

Iya lah, negeri-negeri lain pun ada bagi duit juga kat Federal. Pahang kerja siang-malam banting tulang tapi setakat boleh bagi RM10 juta kepada Federal. Melaka pancing ikan dan pelancong hari-hari tapi boleh bagi setakat RM12 juta jer. Sawah padi di Kedah boleh bagi RM7 juta jer. Sabah dan Sarawak senang-senang bagi RM500 juta setahun.

Kita belum cakap lagi pasal Subsidi. Ada subsidi minyak, subsidi barang-barang terkawal, subsidi makanan, subsidi sekolah dan macam-macam lagi lah subsidi. Bonus Perkhidmatan Awam dan tangga gaji naik dua tiga skala pun ada. Orang Malaya bukan tahu pun dari mana datangnya semua duit tu. Diaorang cuma tahu bedal jer. Lepas tu pandai pulak tunjuk lagak kat orang Sabah dan Sarawak. Malaysia naik angkasa guna duit Borneo, diaorang tahu ke?





I.K.L.A.N
Julaihi kutuk berhabis

Malaysia selepas Singapura adalah persekutuan tiga sahabat – Malaya, Sabah dan Sarawak. Labuan dan Putrajaya adalah hasil persetubuhan tiga sahabat. Jadi jangan anak-tirikan Sabah atau Sarawak kerana kita bukan anak-anak. Kalau Malaya tu seorang bapak, kita emak anak.

Bila lambat si-bapak kat Federal kasi belanja, banyak kali Sabah dan Sarawak korek tabung dia sendiri untuk buat projek Malaysia dia. Sarawak hantar satu kontinjen atlit-atlit dia bertanding di Australia tahun 2004. Semua kos tanggung sendiri. Ada lah seorang dua menang. Siapa dapat nama? Bendera Malaysia juga yang dikibarkan.

Walaupun miskin dan terpinggir jauh dari pusat tamadun Malaysia di Kuala Lumpur, orang-orang Sabah giat berlatih sehingga mereka boleh menang Akademi Fantasia dan Juara-Juara Lagu. Ha! Itu baru nama KUALITI MALAYSIA yang betul-betul kualiti. Bob Limbang bukan apa tak menang. Kualiti memang kualiti tapi Limbang tak cukup handphone.

Bukan macam artis-artis Malaya yang ramai-ramai masuk industri hiburan pasal bapa dia Yusuf Haslam atau emak dia ada bau-bau bacang dengan Aziz M. Osman atau dia siang malam berkepit dengan datuk-datuk. Itu bukan Kualiti Malaysia namanya. Itu Kualiti Bohsia.

Tengok Mawi engkorang tu. Bila dah berjaya, dia tak ingat lagi tunang dia. Sama macam Malaya tak ingat Borneo selepas Merdeka.

Kita sambung iklan Kutuk Berhabis di lain siaran.







M.A.S.A D.E.P.A.N M.A.L.A.Y.S.I.A
http://knightadventure.blogspot.com/2009/04/aprilfool-malaya.html
Komentari Haji Julaihi Haji Suut



Tiga Negara Malaysia
Selepas mengkaji senario-senario SEBELUM MERDEKA dan SELEPAS MERDEKA dan setelah mengetahui nasib Borneo sebenarnya tidak dibela oleh Malaya, maka pihak The Four Horsemen dari kepulauan Borneo bermula hari ini bersetuju sebulat suara untuk memecah-belahkan Malaysia.

Bermula dari hari ini, Malaya adalah satu negara tersendiri. Negara Sarawak dan Negara Sabah adalah negara dia sendiri. Malaysia wujud hanya pada nama, kerana bahasa kita sama. Kalau dulu Sabah dan Sarawak berkahwin dengan Malaya untuk buat rumahtangga Malaysia, sekarang kita bercerai Talak 1.

Malaya kena pujuk Sabah dan Sarawak.

Kebiasaannya bila pasangan rumahtangga kena berhadapan dengan situasi Talak Satu baru lah si-suami panik, sedar kelalaian dia. Itu yang kita harapkan. Kita harap Malaya sedar kesilapan, kedayusan dan kekulupan dia. Kalau Malaya dah sedar tu, cepat-cepatlah merujuk; kulup tu sunatkan cepat-cepat. Semenjak Sarawak jadi janda ni, dengar khabar Singapura berminat kat kita. Brunei dan Filipin pula berminat kat Sabah.




Musuh dalam selimut
Kita buat keputusan nekad seperti isteri merajuk bukan tanpa sebab-sebab yang sah. Ada alasan-alasan yang baik. Sabah dan Sarawak sudah tak tahan dengan kerenah Malaya. Malaya bernikah dengan Sabah dan Sarawak kerana idamkan harta pusaka nenek-moyang kita. Sekarang Malaya nak kita serahkan surat wasiat yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman semasa dia datang meminang Borneo tahun 1963. Surat wasiat itu lah satu-satunya bukti kecintaan Malaya pada Borneo. Tanpa surat wasiat 20-Janji itu apa lah gunanya Malaysia.


Daily express http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=64416
“Kuala Lumpur: The Sabah and Sarawak governments have been urged to take steps to review the Malaysia Act, the 20-point agenda and other rules and conditions agreed upon when they became part of Malaysia in 1963. The agreements should be re-looked to suit current needs, Deputy Minister in the Prime Minister's Department M. Kayveas said in the Dewan Negara Monday.”


Dalam pengertian lain, dia mahu Point-Point itu dimansuhkan. Agak-agaknya hero bollywood ni tak pandai sejarah Malaysia atau dia terbawa-bawa mentaliti Tamil dan berniat untuk membuka lapangan terbang dan pelabuhan Borneo untuk kemasukkan berjuta-juta sanak-saudara dia dari Sri Lanka. Untuk kesedaran beliau, pakcik petik pesanan British kepada Malaysia.


British Parliament 1963: “Any change in the law made in the Federal Parliament will have to go back to the local territories for confirmation; in other words, that no law can be imposed on a territory against its will. That is extremely important.”


Budak Kayveas ni mana dia letak kepala dia? Kalau tak kerana sekatan 20-Point Agreement dah lama dah anasir-anasir Malaya bermaharajalela di Sabah dan Sarawak. Kita tak nak tu. Kita tak nak negeri kita Sarawak atau Sabah bersepah dengan orang-orang hitam berkempen di jalanraya-jalanraya menjulang sepanduk Hindraf.

Kalau Hindraf hendak berbunuhan dengan ISA atau Melayu, buat lah kat negara engkorang sendiri. Kalau PAS hendak menjatuhkan hudud keatas Pak Lah buatlah kat negara engkorang sendiri. Kain-kain Borneo jangan sampai tersingkap. Kesucian Borneo mesti terpelihara.

20-Point Agreement memelihara kesucian Borneo. Bila ada watak-watak hitam seperti Kayveas cuba mencabul kesucian Borneo dan bila Malaya tak buat apa-apa pada Kayveas… apa gunanya Malaya sebagai suami. Dayus dan kulup.








Nota terakhir buat Malaya

Buat suamiku Malaya,

Izinkan lah adinda memencilkan diri dari kehadiran abang buat seketika. Sepanjang pengasingan ini, mudah-mudahan abang terkenangkan kisah silam zaman percintaan kita suatu ketika dulu bila hujan rintik-rintik sekalipun tidak dapat meleraikan rangkulan mesra abang. Memori itu hadir lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa dari samudera selatan. Ah, betapa adinda amat menyayangi abang saat itu. Tahun 1963. Detik bersejarah. Kita pasangan sejoli. Indahnya bercinta kan, abang?

46 tahun sudah kita bersama, abang. Ada ketikanya adinda rasa terseksa bila abang tidak mengambil peduli perasaan dan kebajikkan adinda. Malam silih berganti. Adinda dibiarkan kesunyian. Barangkali sudah takdir kita tidak bersama selamanya. Sebelum pemergian adinda, disertakan di sini surat-surat gurindam asmara yang mungkin boleh mengingatkan abang pada janji-janji manis mu.

Kerana adinda masih menaruh harapan.

Andainya tiada lagi sisa-sisa harapan, kalau nyata abang memang tak menyukai adinda lagi, putuskan saja hubungan kita. Bukan kehendak adinda tapi bila abang terus bersikap dingin pada hati yang mengharap kasih sayang abang… apa lah ertinya perkahwinan kita. Biarkan lah adinda membawa diri jauh-jauh, semoga terluput segala kenangan kita. Kalau adinda tiada makna lagi bagi abang, ceraikan lah adinda.

Tetapi sekiranya ada kesedaran pada abang dan kalau terlintas difikiran abang adinda adalah cinta pertama abang, insan penyayang yang berada di sisi abang di masa-masa abang kesusahan, memapah abang bila abang keletihan, memberi air seteguk dua bila abang keletihan… bila kenangan-kenangan itu menggamit rindu, bila abang sedar abang masih menyayangi adinda, kembalilah. Adinda menanti kepulangan abang.




Yang merindui keikhlasan mu,

Isterimu Sabah Sarawak


Ends...